Wednesday, 31 October 2012

Alhamdulillah..

Assalamualaikum & selamat petang =)





Alhamdulillah.. hari ini genap 2 bulan aku menjadi isteri yang bulat comel kepada suami tercinta. haha. Walau bulat, tetap comel. Choi..! ;p Rasa macam tak percaya dah jadi isteri Mr Chen.  Kadang kadang pun macam terlupa yang aku ni dah bersuami. haha. Ape pun, semoga ikatan kami sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. InsyaAllah..


I HEART YOU my dear.



NotaCinta ::: Dah 2 bulan, tapi tak update langsung pasal majlis. huuu



Monday, 13 August 2012

KAD KAHWIN DAH SIAP..!!

Assalamualikum.. =)

Dah lama sangat tak update blog nih. Berbulan bulan dah rupanya tak jenguk ke sini. Rugi la diari ni nipis je. Tak boleh tunjuk kat anak cucu. ahaks! nak tunjuk ke? haha.. Yezza... akhirnya kad kahwin aku dah siap. hehe.. Bukanlah baru siap arini. Almost 3 weeks dah rasanya.. hehe.. Now tengah berusaha pos kad kad untuk rerakan sekalian.. Ada sesape yang nak kad? Meh meh bagi address kat aku. hehe.. Special nya kad kahwin aku nih, Mr Chen yang edit sendiri. Kitorang hantar print je. hehe.. Special bagi aku la. Tapi simple je kad kitorang. Aku tak minat sangat crowded crowded. Agak cerewet la. haha. Kla, mls nak cite panjang.. Presenting our kad kahwin.. cewah. haha.. lp nak snap gambar. Aku amik yang PDF je la.. See u next time.. daaa..





Friday, 18 May 2012

Kad Kahwin

Assalamualaikum =)


Ya Allah dah lama sangat aku tak update blog nan satu neh. Banyak perkara yang menuntut waktu aku sekarang ni. Sejujurnya segala persiapan perkahwinan aku banyak yang tergendala buat masa ni. Benda yang paling penting, Kad Jemputan pun aku tak tempah lagi. Jenuh aku dok kira kira guna jari, majlis aku ade 104 hari lagi. Sempat ke? haaa... tau gerun, tapi tak buat buat lagi. bila entah.

Sekarang nih otak aku tengah berserabut lagi. Waktu pun tak menentu. Semua benda perlukan perhatian. cewah. hahaha.

Okla, aku rasa itu je aku nak ngomel hari ni. Ada kerja yang menanti. See u then. =)


NotaCinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan.

Tuesday, 24 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar Dah Siap..!!

Assalamualaikum =)

Walaupun hari ni hari rabu, orang selalu buat wordless, tapi ku harung jugak. ahaha. Sebab nanti bile ku kate wordless, alih2 ber 'word-word' jadinya. hahaha. Yess..!! Tajuk entry aku hari ini sudah terang lagi bersuluh pakai spotlight. Alhamdulillah bunga pahar ku sudah setel aku DIY. Syukur sangat sangat. Dah boleh pangkah satu list DIY aku. haha. List DIY aku boleh tengok sini. Banyak yeop aku nak DIY. Mudah mudahan jadi kenyataan. Projek projek DIY aku yang lain ade yang in progress, ada yang belum terusik. hehe.


Nampak tak atas kotak tu aku tulis ape? Haa... aku dah siap seal itu kotak takmo kasih berabuk. hehe. Masih ada lagi 4bulan kot. Ada karang berabuk bunga pahar aku. Oh ye, this one bunga pahar untuk masa sanding. Bunga pahar tuk nikah aku dah siapkan last 2 weeks. Aku dah suh mak aku hangkut bawak balik rumah. hehe. Alhamdulillah.. Lega sangat aku rasa. Berhempas pulas aku buat sensorang. Tapi yang last skali ada la makcik aku tolong sikit. hehe. Syukur gila. Kalau ikutkan aku rasa nak give up je. Tapi tetap ku kuatkan semangat. Terima kasih makcik ku. Terima kasih jugak Mr Chen tolong tengok je. hahaha.

Eh, nak tengok ke bunga pahar aku? haha. Maafkan aku ye kawan kawan. Aku buat tekun gila sampai tak dan nak snap kat hp aku. Adik aku ade snap gune kamera tapi dah bawak balik rumah la itu kamera. Jadinya, tunggu dan lihat je lah lagi 4 bulan ye. Aku buat biasa biasa je. Yang penting, menjimatkan. hahaha.. Makcik aku, mak aku, abah aku semua cakap, penat je ko buat. Beli dah siap kan senang. Hehe. Jenuh aku tangkis. Takpe la penat pun, janji dapat macam ape yang aku nak dan paling penting murah. Sebabnya bile aku pergi tengok bunga pahar kat kedai, yang murah tu ada, tapi aku tak berkenan. Cerewet kan? Yang aku berkenan semua mahal mahal. Sebatang, RM 4-5. mana nak cekau yeop? haha. Solution nye, sila buat sendiri ye mak jemah. Cheapskate sungguh! haha. Tak dulik apa orang nak kate sebab nanti yang keluarnya duit aku jugak. Sila berbelanje ikut kemampuan ye cik hanis.

See.. See.. kan aku dah cakap tadi. kompem ber 'word word' jadinya. haha. Dah la. Makin lama makin merepek aku nanti. Till we meet again. tata titi tutu..


Nota Cinta ::: Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan kami.

Misi Berjaya!!

Assalamualaikum & a very good day =)

Misi amenda lah mak jemah oi.. hahaha. Macam la misi negara, tak pun misi dunia. Padahal misi membeli doorgift tuk tetamu. hahah. Tittle nak propa. Ciskek betul. Ape yang berjaya sangat tu?? Finally, last week berjaya jugak kami (mak, abah & aku) pergi membeli doorgift. Haha. Apa hal la pulak aku nak excited bebenar kan? Bukan apa, a week before kitorang dah pergi kedai tuh, tapi hampa dan kecewa kedai tutup. Sekali risik punya risik, hari sabtu die half day lah mak enon. haha. Itu pun lepas dapat tau dari my fren ( u know who u are). Sebenarnya macam tak puas hati jugak, aku pi google. hahaha. Degil kan aku? Ape pun tq ye adik manis. kikiki..

Sampai sana kesian tengok uncle tuh kerja sorang sorang. Aku ni tak boleh kalau tengok orang tua sikit. Semua pun nak kesian. hahaha. Uncle tu baik. Sampai sampai je uncle tu tanya, untuk wedding ke business? kikiki.. aku jawab, Mestila wedding, uncle.. Saya lah perantin nya.. haha.. ok, itu tipu. Mak dah kira kira kitorang beli dalam 1000 ++ sebab lelaki dapat lain, perempuan dapat lain. hehe.Sape nak tau, nanti datang my wedd ye.. (ceh, bajet ko retiss la nak rahsia-rahsia). My mum muka happy sebab harganya okey~



See.. Penuh kete abah ku. haha.. Sape terer boleh teka kot benda ape aku beli. Now, mission tuk deco ini barang dan jugak sampingannya. Idea.. idea.. phew~



Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan dan sentiasa diberkati. insyaAllah..

Friday, 20 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar In Progress

Assalamualaikum.. =)

Now aku tengah menggila nak siapkan bunga pahar. Hambek ko. Masa buat listing DIY bukan main seronok. itu nak buat, ini nak buat. hahaha. Mesti ade yang cakap, Eh, eh, knape plak ko nak meroyan siapkan bunga pahar awal awal? kan lambat lagi?  haaa.. Aku kena jugak siapkan sebab aku tak mau hangkut barang DIY aku yang banyak lagi menanti tuh ke kajang. Ye, saya mahu berpindah ke kajang. Alhamdulillah dapat peluang kerja baru. Weeee.. first time nak rasa dekat ngan Mr Chen selama 7 tahun kami kenal nih. Berdebar debar gitu. hahaha. Tak tau nak describe macam mana. Jap! aku dah lari tajuk neh. kikiki. Maafin gue dong. Gue emangnya begini. Ciskek btul. hehe.

Aku buat 2 design bunga pahar. Satu untuk nikah, satu untuk time majlis. mana la tak terberanak aku nak menyiapkan. Alhamdulillah bunga pahar nikah aku dah siapkan sebanyak 110 biji. Tinggal bunga pahar time majlis je lagi aku nak kene setelkan by diz week. hukhuk. Gambar gambar semua takde. Aku bagi yang in progress je lah ye. aku buat biasa biasa saje. Bunga pahar nikah aku tak dan nak snap gambar sebab dah bawak balik rumah mak aku. Malas dah nak bukak kotak. haha. So, here gambar bunga pahar majlis aku.....





Nota Cinta ::: Doakan kami ye rakan rakan =)

Friday, 13 April 2012

Borang Nikah & HIV Test

Assalamualaikum =)

Maafkan saya. ;p Entry ni entry yang tertangguh sangat lama. hehe. Gila busy aku sekarang nih. hadoi. Rasa macam teruja sangat nak kahwin. hahaha. Pengsan. Teruja teruja jugak, tapi sebenarnya takut! Takut sebab selalu fikir, mampu ke aku nak jadi isteri yang soleh, Mr Chen nk jadi suami yang solehah (solehah sebab nak suh dia masak, kemas rumah, etc, etc) hahaha. Ok, tu tipu je. Kalau gitu gayanya nampak sangat tak ready kan? hehe. InsyaAllah akan ku cuba yang terbaik. Cewah. haha. Haritu atau lebih tepat, last two weeks (lama kan? haha) mak aku call...

Mak : Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumsalam..
Mak : Mak dekat pej. agama ni. Along dah amik borang nikah belum?
Aku : Mestilah belum mak.. hehehe..
Mak : Mak amikkan terus lah ye?
Aku : Menarik! hehe.. kalau boleh amikkan, amik la mak. Senang sikit nanti.
Mak : Tau dah.. Imi punya? (Mr Chen lah tu)
Aku : Boleh ke mak?
Mak : Orang ni kate boleh. 
Aku : Ha, kalau boleh, ape lagi. kikiki.

Mesti dalam hati mak aku, bertuah punya anak. haha. Amacam? Semangat tak mak aku nak terima menantu pertama? Cewah. haha. Dah siap siap tolong amikkan borang tuu.. Lemak btul anak dia sorang nih. haha. Takpe, nanti aku mintak bayaran borang tu kat Mr Chen 10x ganda. wakakaka. 

Ok, ok.. cukup lah tu bergelak ketawa. Hehe. last two weeks jugak kebetulan aku amik cuti sebab nak buat medical check up. So, sempat lah aku buat HIV test. Aku buat dekat KK kampung aku. Senang dan cepat! Sebabnya orang tak ramai. Phew~ Lega aku tak payah nak kena tunggu lama lama. haha. Tapi..tapi.. pakcik tuh (pakcik la kot sebab macam geli nak panggil abang.  hahaha.) kejam. Dah la tanya soalan dia kurang tepat. haha. Tak puas hai aku. Jap2.. aku macam nak bagi dialog la.. hehe..  

Pakcik : Awak duduk mana? 
Aku : Maksudnya?
Pakcik : Yela.. duduk mana? 
Aku : Errr... saya kerja kat Johor, so, duduk johor la.
Pakcik : Saya tak tanya tuh.  Saya tanya awak duduk mana kat mersing nih.
(dalam hati aku, abes tuh??? hahaha)
Aku : La.. saya duduk kat rumah mak saya lah. Tadi kan tanya duduk mana. Sebab tu saya bagi jawapan macam tuh. (nak menang jugak tuh. haha)

Ha...korang rasa macam mana? Pakcik tu bagi soalan tak lengkap kan? kan? haha. Aku tetap tak puas hati. Tapi paling aku tak puas hati bila dia cucuk aku 2x. Gedik tau nak cucuk cucuk aku sampai 2x sebab dia kata darah tak cukup. Sakit okeh. Dah la dulu kecik kecik aku memang kena cucuk amik darah sampai 2bulan. 

Aku : Pakcik, tak boleh ke tak cucuk lagi?
Pakcik : Tak boleh. Darah awak ni sikit sangat keluar.
Aku : Boleh la pakcik. Meh saya picit jari saya bagi keluar.
Pakcik : Eh, awak ni nak kawen ke tak? hahaha.
Aku : Ade pulak tanya macam tu. Mestilah nak. ;p
Pakcik : Ha, macam tu duduk diam diam.

hahaha. Haru pakcik neh. Eh, eh, tapi aku tak berdendam ngn pakcik neh. Sebab dia bagitau result HIV aku NEGATIF. Alhamdulillah.. hahaha.  Masa nak hand over sampul biru tuh dia siap cakap, nah, awak dah boleh kawen dah. tahniah ye. cewah! tengkiu pakcik. hahahaha.



Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan.. insyaAllah.. =)