Assalamualaikum =)
Ya Allah geramnya dengan lemak lemak yang bertempek neh. Tension okeh. hahaha. Nak nak lagi bile ade suara suara sumbang yang baik hati cakap aku DAH GEMUK. ye! SEMAKIN GEMUK. Dulu, paling paling berat pun aku, 50-52 kg. Saiz baju pun S je. TAPI tu DULU ye kawan kawan. D.U.L.U. Starting berat badan aku naik masa 2nd year di U. Kalau aku cerita, mesti korang tak percaya. tapi kena percaya jugak!! Sebab its true...!! ngeh3...
Dat time aku ada program dekat Kelantan. 3 hari 2 malam. Sampai sampai je pagi tuh weol di bawa ke rumah ADUN. Masuk je rumah beliau. OMAKAIH..!! weol di hidangkan bermacam macam jenis makanan. Dari makanan berat, hingga lah ke dessert etc. Nasi lemak, nasi goreng, laksam, mee hoon goreng, kuih itu, kuih ini, buah itu , buah itu, roti itu , roti ini dan sebagainya. Pendek kata, macam macam ada... Aku rasa macam tak banyak aku makan. Tapi bila dah amik tu sikit, ni sikit, jadi banyak jugak la kan? Okeh, mesti korang kata, "eleh.. setakat sekali tuh je makan banyak takkan dah naik kot. asalan je lebih." hahaha.. jangan cepat melatah ye kawan kawan (haha. macam takde kaitan je) bukan takat tu je weol dijamu. Dah selesai bersarapan kat umah ADUN tu, baru kitorang dibawa ke sekolah yang kitorang nak buat program tu. Turun bas, Ya Allah... rezeki melimpah2.. Depa hidang nasi dagang pulak weyh... Kang tak makan, kata tak hormat majlis pulak. Kesian makcik makcik tu tunggu kitorang siap siapkan makanan. Ok, bedal lagi.
kucing gemuk comel lagi, aku gemuk?? sendiri mau ingat la. hahaha.
Dah siap solat, kemas barang semua, di bawa round satu kampung. Pantang singgah rumah orang orang kampung, kompem di jamu. See.. see.. banyak gila makanan. Aku sampai tak larat nak makan. Kadang kadang just cuit sikit nak jaga hati orang kampung. Dat day kitorang kira, more than 10 times weol makan. Senang cerita, 3 hari tu memang boleh masuk kategori melantak dah weol nih. Balik dari program tu, rumet rumet aku tegur, "kenape rasa macam kau da gemuk ek? pipi ko tembam betul". prangg...!! Pecah hati aku dengar. hahaha. Tak sangka tau, 3 hari je berat aku naik berkilo kilo. Wuuuuuu.. Sedih... Sesal dahulu pendapatan, dah gemuk tak guna..!!! hehe.. Now, by time to time aku sedang berusaha nak kembali kan semula berat aku dulu. Alhamdulillah, tak banyak, tapi sikit sikit tu boleh la. ngeh2. Tapi belum cukup nak buat my mom & Mr. Chen impress. hahaha. Okla, cukup dulu entry emo aku untuk kali ni. hahaha..
Nota Cinta ::: Tolong lah hilang wahai lemak lemak ku sekalian.
Nota Cinta ::: Tolong lah hilang wahai lemak lemak ku sekalian.
No comments:
Post a Comment