Thursday, 2 February 2012

[DIY] : Paper Flower "Bunga-Bunga Cinta"

Assalamualaikum =)

Hye si cantiks.. hehe. Tadi Kat opis aku saja saja try buat bunga origami nih. Tapi memang bahan tak cukup la. Kikikiki. Kertas pun aku guna yang recycle je. Ok la, tanpa membuang masa, meh aku tunjuk cara cara nak buat bunga bunga cinta neh. **nama tuh aku yang letak ikut suka hati aku. haha** Kalau uols nak bubuh nama bunga teratai layu di tasik madu pun boleh. cewah.!! haha. erk! Melalut sudah. Ok, kita mulakan dengan bahan bahan yang diperlukan.

Bahan - Bahan
1.   Kertas
2.   Gam
3.   Jari jemari yang gebus. ;p
4.   Paper clip (optional)


Cara-cara
1.   Dapatkan sehelai kertas berbentuk empat segi sama ye kawan kawan sekalian. Kalau tak sure macam mana rupa empat segi sama tuh takpe, aku kan ada. haha. Meh aku tunjuk bentuk segi empat sama. 



2.   Seterusnya, lipat 2 itu kertas jadi bentuk segi tiga macam gambar kat bawah ni. Senang je kan? hehe.. 



3.   Dah siap lipat segi tiga macam kat atas nun, kita teruskan melipat lagi. Lipat 2 bucu yang kat bawah bawak naik atas. Dia jadi bentuk segi empat sama semula.. Kalau tak paham jugak, meh aku tunjuk gambar. hehehe. Nampak tak anak panah kecik comel tuh? Sila ikut ye.



4.   Ok, dah lipat tu nanti akan jadi macam ni ye kawan kawan.




5.   Next, kita lipat hujung bucu yang kat atas tu bawak ke bawah.. Nak tau lipat macam mana, uols boleh refer gambar bawah ye.




6.   Nanti dah lipat bentuk dia akan jadi comel macam aku. erk! haha. Perasan tak hengat. Takpe, abaikan. ;p Meh sini, aku dah sediakan gambar untuk korang.



7.   Selepas itu, haaa.. skema sikit. =) kawan kawan sila kembung kan part yang kita lipat tadi tu. Haha.. aku tak pandai nak terang. Kembung amenda la aku nih. Jap jap, aku bagi gambar lagi. hahaha. 

 nampak tak aku kembung kan tu? hee.. maaf~


8.   Sila kembungkan dua dua bahagian ye. hehe.. pastu penyekkan dia..!! Bila dah penyek, rupa kertas tu akan jadi macam gambar bawah ni. Lepas tu, Lipat lagi 2 bucu kiri kanan tu ke dalam. Nampak kan anak panah aku lukis? 



9.   Nanti dia jadi macam gambar bawah ni ye kawan kawan. Dah jadi, korang lipat lagi sekali. Jangan risau, aku bagi gambar jugak. hehehe.. 

 


10.   Dah penat ke? hehe.. rilex.. rilex.. dah nak siap ni. Dah lipat, akan jadi macam gambar kat bawah ni ye kawan kawan. **rasa macam dah ulang ayat yang sama banyak kali** haha. Lantak la. Janji korang paham. Paham ke? ;p



11.   Yeay..!! Nak siap dah. Last step, Kita cantumkan depa 2. Ceh, macam nak cantum apa je kan. hihi.. Kita cantumkan 2 2 bucu kiri kanan ni ye. Buat macam gambar kat bawah ni. 



12.   Dah cantum ke belum? ish, nak tunggu aku jugak. hihihi. Jap, aku bagi gambar lagi. ;p Jangan lupa sapu gam ye cantumkan tuh. Kat opis aku nih takde gam la pulak. So, aku hentam guna stapler. hihihi. Nak dapat kan bunga bunga cintta yang cantik, sila ulang step step ni 5 kali ye. **tuk dapat 5 kelopak la** kalau nak buat banyak bunga, ulang lah banyak kali.



13.  Dah buat banyak banyak kelopak bunga nih, korang boleh start cantumkan depa satu persatu. Guna gam la cantik. Jangan ikut aku guna stapler ye. Huduh nanti jadinya.. ehehe.. Nak tengok tak yang dah siap? Taddaaaa...!! 


hehehe.. dah siap pun bunga bunga cinta. Apa lagi, cubalah.. Senang je kan? ehehe.. Kalau tak paham, maaf ye.. hee.. Nampaknya aku kena asah bakat lagi nih. Sampai di sini dahulu Cik comel bersiaran untuk hari ini. peace..! ;p

Oh ye..!! lupe plak aku nak bagitau. paper clip yang aku mention awal awal tadi tu, korang boleh guna masa nak keringkan gam dia. Takut die terbukak kan.. So, korang kepit la dia guna paper klip tu. hehehe. Selamat Mencuba..!! =)



Nota Cinta ::: Ya Allah permudahkan lah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.




4 comments:

  1. wah cantik !!!! good job dear!

    ReplyDelete
  2. Sy pun gune paper sebagai bunga pahar !! ;p
    btw, sy b2b johor.
    Awwaaaakkkk . kite follow awaaakkk.. ^__^
    Jom follow balik jom .
    ceritabakalpengantin.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... gud luck..!!
      bnyk sgt nk DIY.
      pengsan dibuatnye..

      Delete