Showing posts with label Mr.Mrs. Chen. Show all posts
Showing posts with label Mr.Mrs. Chen. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

Alhamdulillah..

Assalamualaikum & selamat petang =)





Alhamdulillah.. hari ini genap 2 bulan aku menjadi isteri yang bulat comel kepada suami tercinta. haha. Walau bulat, tetap comel. Choi..! ;p Rasa macam tak percaya dah jadi isteri Mr Chen.  Kadang kadang pun macam terlupa yang aku ni dah bersuami. haha. Ape pun, semoga ikatan kami sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. InsyaAllah..


I HEART YOU my dear.



NotaCinta ::: Dah 2 bulan, tapi tak update langsung pasal majlis. huuu



Tuesday, 20 March 2012

Hujung Minggu Yang Awesome

Assalamualaikum =)



Aku tahu dah lama tak update blog yang dah sedia suram nih. Sob sob. Kesian ko blog. hehe. Jangan merajuk ye. Weekend baru ni aku isikan dengan berjalan sakan. hahaha. Ayat nak poyo kan? Takde la holiday ke apa. Cuma jalan jalan pergi cari barang preparation nak kahwin je. Weekend baru ni (16-18 March) kan ada MATTA Fair kat PWTC. Since Mr Chen dah setuju nak honeymoon luar Malaysia, haruslah aku ajak Mr Chen cekidaut pakej pakej yang best. hehe. Hopefully dapatlah keluar dari Malaysia. Itu pun kalau dapat yang murah murah. hahaha.



17 March - Aku sampai Shah Alam around 5.00 am. Tapi makcik ku kedengki takmo amik awal. Sabar je la. kul 7 lebih baru dia datang amik. Dah ler aku ni penakut. hahaha. Yang tak menahan, boleh plak perut aku yg comel lotey nih meragam. Kriuk kriuk dia berbunyik. (eh, asal aku rasa bunyi macam makan keropok? hahaha). Aku ajak makcik aku yang comel nih pergi GM klang & IKEA. hahaha. Nasib baiklah makcik ku sudi melayan anak buah die yang super duper cute aka boolat. Tujuan pergi GM Klang sebab nak cari ribbon flower tuk baju bertandang aku. puas pusing semua PV tak jmpe jugak apa yang aku nak. Last last pejam mata je rembat mana yang ok. Malam, menyinggah ke I-City buat ke berapa kali ntah. hehe. Banyak kali pun tak pe, aku tak kisah. cehceh.. 



18 March - pepagi bedezupp pergi MATTA fair. Lagi sekali makcik ku yang hot tu tolong hantar. kikiki. Mr Chen awal awal lagi dah sampai. Aku lewat. First time pergi MATTA Fair. Tak tau la pulak kena bayar RM3. hehe..  Nasib RM3 je. berbaloi baloi sebab keluar dari PWTC tu dengan senyuman meleret. Mr Chen approved proposal honeymoon aku. Ok, tu tipu. Mana ade proposal. Saje aku propa. hahaha. Excited sangat sampai terlupa la plak nak snap gambar buat kenangan. Hampeh. tak cun dah entry aku yang ni tak de gambar. Petang tu jugak aku balik Johor nek bas. 





Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan. 


 

Thursday, 8 March 2012

8 MAC 2012 : Special One

Assalamualaikum =) 


Its a long journey to remember. Every step, every beat, every second counted! No matter what, my heart is filled with ♥ (^_~)



Long..long times ago, we were stranger. Who you are? Who am i? We were nobody to each other. But now, you are da one and only I
♥ . Yeah, we are far apart since the beginning till this moment.. You were there, i'am here.. but it was not the cause that prevents us falling in love from time to time.  Alhamdulillah we are together for 7 years.  I NEED YOU because I ♥ YOU. A biigggg NO to I ♥ U because I NEED YOU. You knew it well my dear. =)  Step by step we proceed the journey. One step ahead for each time. InsyaAllah till Jannah.. Amin.. 

Happy 7th Anniversary My Dear Mr Chen. ♥ u lots. Thanx for being my side all this time. You are my superhero.. Wink..wink..

Nota Cinta ::: Pray for us. InsyaAllah. sila abaikan tatabahasa oh my english aku tuh. hahaha.

Thursday, 9 February 2012

[Resipi] : Non Bake Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum =)

Dah lama aku tak update kan? Maaf ye. Sebenarnya kalau ikutkan banyak sangat nak cerita. Tapi penyakit M melanda diri. hehehe. Ntah apa apa. Harini macam nak lari topik sikit dari perihal kahwin. Cewah. Macam skema laks ayat aku. Ngeh ngeh.

Pagi tadi before gerak pergi kerja aku merajinkan diri buat ciskek. Entah apa apa aku nih. Petang semalam balik kerja malas nak buat. Time nak pergi kerja tuh la baru sibuk nak buat. Hehe. Nasib sempat kejar nak sampai office pukul 9. Nak kejar attendance allowance beb. Dah lama tak dapat. Dah ler company aku nih tak de elaun lain. Sedih tau. Eh, aku dah melalut. Maaf. Hahaha. Ok, back to basic.

Terus terang aku cakap, kek yang aku buat ni aku buat ikut suka. Aku memang selalu menderhaka tak ikut resepi. hee.. So agak susah aku nak share resipi ye kawan kawan. Apa pun aku cuba yang terbaik. hehe. Takpe, aku sertakan resipi asal yang aku ade, sambil tu aku bagitau ape yang aku buat. hee.. tapi kalau uols nak ikut sebijik sejiban macam resipi yang aku nak dapat ni pun boleh. Nak di ingatkan, kek nihjenis yang soft soft gitu. Mr Chen cakap, macam asikrim. hehe. Yang paling best bile Mr Chen ckp, kalah Secret Recipe. Ups! over pulak Mr Chen ni. hahaha. Takpela. Biar la aku perasan sorang sorang. hahaha.


 Ini lah rupa kek yang aku buat pagi tadi.
Eh, sebenarnya dapat banyak.
Ni sebahagian je. hehe.
Aku bahagiakan 1 tupperware besar, 1 yang ni.


Bahan-bahan A
  1. Biskut digestive
  2. 1/4 cwn butter
Bahan-bahan B
  1. 500g cream cheese 
  2. 1 cwn gula halus
  3. 4 cwn whipping cream / 1 kotak kecik  whipping cream
  4. 1/2 sb vanila
  5. 3 sb gelatin + 1/4 cwn air panas
  6. Oreo 
Cara-cara.

Bahan A

  1. Crush/ blender biskut digestive. **Ni aku guna ikut suka, kalau korang suka kerak die tebal, buat lah lebih. hehehe. Tapi kalau crust tu nak guna biskut oreo pun boleh. Takde masalah.**
  2. Cairkan butter. Kemudian campurkan dengan biskut yang dah di hancurkan tadi **butter ni korang agak2 ye. jgn terlebih sgt. Agak agak biskut tuh stick together, ok la. **
  3. Tekan tekan dalam loyang. Sejukkan dalam fridge.
Bahan B
  1. Pukul cream cheese bersama gula halus sampai kembang. **kat rumah mak cik aku takde mixer. so, aku guna blender. Blender susah nak gerak kalau takde air, so aku tambah susu cair ikut suka aku. haha. agak2 die gerak ok la. Gula pun aku tak ikutan sukatan sebab aku buat ikut citarasa kemanisan aku. Sambil sambil pukul tu, aku rasa la. Kalau rasa kurang enak, aku tambah gula sikit lagi. hehehe.**
  2. Campur 4 cawan whipping cream. Kaup balik kan sampai rata. **ok, whipping cream ni kalau korang guna yg instant, ikut sukatan cawan tuh. kalau guna yang masih dalam kotak, bedal je sekotak. hehe. **
  3.  Masukkan vanila. **Pagi tadi aku lupa nak masukkan. hahaha**
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. PAstikan ianya tak berketul. Masuk dalam adunan. Gaul rata. Gelatin ni cari yang halal lah ye. hehe. Tapi kalau takmo letak pun takpe. Cuma maybe nanti tekstur die terlebih lembut. **aku bubuh 1 stgh sb gelatin jek. itu kalau korang nk buat tekstur die mcm eskem la. hehe. kalau buh gelatin lebih, die lbih kental n senang nk potong**
  5. Lepas tuh masukkan lah biskut oreo yang dihancurkan. Gaul. Ini sukati korang la. Kalau suka putih bersih, susun je oreo kat atas macam cake aku tuh. hehehe.
  6.  Dah siap gaul sebati, tuang dalam loyang atau pun tupperware je senang. hehe. Dah siap, simpan dalam fridge dulu ye kawan kawan. Fridge bawah je. tak payah nak semngat sangat letak yg frozen tuh. hihihi. Esok dah boleh makan. nomnomnom.
***best serve kalau kita buat portion kecik kecik. Means buh dalam mangkuk comel comel yang boleh serve trus. Sebab tekstur lembut macam aiskrim.***


Whipping cream yang aku maksudkan whipping cream kotak. 
Tak silap aku 200g.


Ni pulak instant whipping cream. tinggal pancut je. 
Sukat pakai cawan. hehe


Nota Cinta ::: Selamat mencuba. Dah cuba, jangan lupa bagi aku sikit. hehe. Dah cuba, share gambar ye. =)

Monday, 30 January 2012

Tipah Tertipu

Assalamualaikum =)


Sedih + geram + menyirap semua ada. Aku rasa nak lempang je mamat tuh. Macam hampeh je. Ok, maafkan aku. Belum apa apa aku dah marah marah. hehehe. Mesti korang geram kat aku sebab tak paham hujung pangkal. 

Macam ni cerita dia. Dah lama aku survey survey pakej untuk photog. Nak cari price range yang sedang sedang je untuk majlis bertandang kat rumah Mr Chen nanti. So that ada jumpa yang affordable + member pun rekemen. Aku tanya Mr Chen, dia pun ok. Macam biasa la, belum dapat duit, selalu la dia message aku kat fb tuh. Bila dah dapat...!! haaa.. Senyap terus ko..!! Menyirap betul aku. Konon dah email invoice. Cakap pending la apa la. Last last, habuk pun tarak. Aku message pun bo layan. Aku geram, aku tanya balik kat member aku tuh. Rupanya dia pun tipah tertipu. Bila kitorang bincang bincang & cerita macam mana mamat tu balas bila kita mintak invoice. Sumenya sama..!! Helah dia sama ok..!!  Ya Allah.. Memang nak kena lempang mamat nih.Tak cukup, aku bagi rasa kasut saiz 5. Mau? haa... kan dah emosi di situ.. ;p

Bulat hati aku tak mo amik die dah sebelum something yang lebih teruk berlaku. Tapi aku memang geram ngan mamat nih. Member aku tuh (member Mr Chen sebenarnya) siap cakap nak langgar je kalau jumpa. hehe. Aku takut la plak nak langgar. Kang mati anak orang, aku lak kena gantung. kikiki. Tapi aku terkilan + sedih sangat. Kesian Mr Chen susah payah cari duit. Memang tak sebanyak mangsa mangsa syid n soultan tu sampai beribu. Tapi duit tetap duit. I do LOVE my fiance, Mr Chen. Kesian tau Mr Chen kesayangan saya. Memang kurang ajar ini budak.

Sebenarnya mula mula aku was was jugak. Tapi sebabkan member Mr Chen tu kenal dia, aku pejam mata je la & ada sikit keyakinan.  TAPI.. aku tak salahkan member Mr Chen tu. Dia pun tak tau jadi macam ni. Rambut sama hitam, hati lain lain. Haa.. kan dah keluar peribahasa. **err peribahasa kan ? **  Tak sangka macam ni pulak jadinya. Moral of da story, tak tau lah nak kata apa. hahaha. Hampeh punya budak. Memang nak kena luku itu budak. Aku sepak laju laju baru tau. Haish..

Buat Mr Chen, saya mintak maaf sebab dah susahkan kamu. Mudah mudahan rezeki lain yang menanti kita. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Love u bro. ;p 


Nota Cinta ::: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami..


Monday, 16 January 2012

Mangsa Dera

Assalamualaikum =)

Now mood tengah bahagia. Sebabnya? haaa.. sebabnya, aku dah jumpa bakat baru untuk di dera tolong aku buat DIY fabric flower. Boleh gitu? hahaha. Banyak okeh aku nak kena buat. Beratus ratus. Fengsan.. hahaha. **salah sendiri sebab semua nak DIY ;p  ** Malas nak cite banyak, meh aku tunjuk calon kebanggaan. cewah! Lebih sudah. Hehehe..



Tak lain tak bukan, Mr. Chen la... Siapa lagi. hehehe. Amacam? Sesuai la kan jadi mangsa dera aku? kikikiki. Kesian Mr. Chen dapat tunang loqlaq macam aku nih. Hihihi.. sila janga percaya ye. Mr Chen tolong aku jahit sekuntum mawar merah.. sebuah puisi..  bunga je pun.



Comel tak sew kit aku? Okeh, perasan sendiri. haha. Punya lah banyak aku nak kena buat, sampaikan aku usung ke sana ke mari alatan menjahit aku. Mr Chen tolong aku ni pun kat TBS. kikiki..  Ada sape sape nak tolong aku tak? hehehe.




Nota Cinta ::: even DIY memenatkan, tapi puas hati..!! =)

Wednesday, 11 January 2012

Sesal Dahulu Pendapatan, Dah Gemuk Tak Guna..!!

Assalamualaikum =)
 


Ya Allah geramnya dengan lemak lemak yang bertempek neh. Tension okeh. hahaha. Nak nak lagi  bile ade suara suara sumbang yang baik hati cakap aku DAH GEMUK. ye! SEMAKIN GEMUK. Dulu, paling paling berat pun aku, 50-52 kg. Saiz baju pun S je. TAPI tu DULU ye kawan kawan. D.U.L.U.  Starting berat badan aku naik masa 2nd year di U. Kalau aku cerita, mesti korang tak percaya. tapi kena percaya jugak!! Sebab its true...!! ngeh3... 

Dat time aku ada program dekat Kelantan. 3 hari 2 malam. Sampai sampai je pagi tuh weol di bawa ke rumah ADUN. Masuk je rumah beliau. OMAKAIH..!! weol di hidangkan bermacam macam jenis makanan. Dari makanan berat, hingga lah ke dessert etc. Nasi lemak, nasi goreng, laksam, mee hoon goreng, kuih itu, kuih ini, buah itu , buah itu, roti itu , roti ini dan sebagainya. Pendek kata, macam macam ada... Aku rasa macam tak banyak aku makan. Tapi bila dah amik tu sikit, ni sikit, jadi banyak jugak la kan? Okeh, mesti korang kata, "eleh.. setakat sekali tuh je makan banyak takkan dah naik kot. asalan je lebih." hahaha.. jangan cepat melatah ye kawan kawan (haha. macam takde kaitan je) bukan takat tu je weol dijamu. Dah selesai bersarapan kat umah ADUN tu, baru kitorang dibawa ke sekolah yang kitorang nak buat program tu. Turun bas, Ya Allah... rezeki melimpah2.. Depa hidang nasi dagang pulak weyh... Kang tak makan, kata tak hormat majlis pulak. Kesian makcik makcik tu tunggu kitorang siap siapkan makanan. Ok, bedal lagi. 


 kucing gemuk comel lagi, aku gemuk?? sendiri mau ingat la. hahaha.

Dah siap solat, kemas barang semua, di bawa round satu kampung. Pantang singgah rumah orang orang kampung, kompem di jamu. See.. see.. banyak gila makanan. Aku sampai tak larat nak makan. Kadang kadang just cuit sikit nak jaga hati orang kampung. Dat day kitorang kira, more than 10 times weol makan. Senang cerita, 3 hari tu memang boleh masuk kategori melantak dah weol nih. Balik dari program tu, rumet rumet aku tegur, "kenape rasa macam kau da gemuk ek? pipi ko tembam betul". prangg...!! Pecah hati aku dengar. hahaha. Tak sangka tau, 3 hari je berat aku naik berkilo kilo. Wuuuuuu.. Sedih... Sesal dahulu pendapatan, dah gemuk tak guna..!!! hehe.. Now, by time to time aku sedang berusaha nak kembali kan semula berat aku dulu. Alhamdulillah, tak banyak, tapi sikit sikit tu boleh la. ngeh2. Tapi belum cukup nak buat my mom & Mr. Chen impress. hahaha. Okla, cukup dulu entry emo aku untuk kali ni. hahaha..



Nota Cinta ::: Tolong lah hilang wahai lemak lemak ku sekalian. 



Tuesday, 3 January 2012

Busy-Busy-BEE

Assalamualaikum =)



Baru je haritu excited Mr Chen da setel thesis dia. Dah berangan berangan nak ajak die berangan sekali. errkk!! hahaha. tapi angan angan tinggal kenangan. Ceh!! ayat nak poyo. hehe. Honestly, Mr Chen tetap busy. Amat lah busy nye. Haish, terpaksalah aku berangan sensorang dulu. Ok, takpe. Aku tunggu. Tu je aku nak cakap arini. Ok, Bai. ;p



Nota Cinta ::: YA Allah, panjangkanlah jodoh kami, permudahkanlah urusan kami.

Friday, 30 December 2011

Hoyeah! Hoyeah!

Assalamualaikum =) 





Excited sangat. Sebabnya Mr Chen dah melepasi waktu-waktu busy dia. Mana tak nya, berlumba lumba dengan arnab nak menyiapkan thesis & report tuk tempat kerja dia. Oh..!! Sangat la happy sebab dah boleh ajak Mr Chen bincang bincang pasal persiapan kahwin. wink..wink.. Mr Chen, sila layan ke "excited" an saya. Phew~ sangat lega okeh bila dia dah hantar thesis. Mana taknya, Almost 1 month aku kurang kasih sayang. hahaha.. poyo je lebih. Tapi Mr Chen memang sangat lah busy sampai tak berani nak ajak dia bincang bincang pasal kahwin *even kadang kadang aku mengada bincang jugak. haha* Ape pun, lepas ni, baru lah syok nak buat persiapan. Kalau tak, banyak benda kena hold dulu sebab tak dapat nak kacau Mr Chen ajak bincang bincang. =)



Nota cinta ::: Semoga jodoh kami dipanjangkan &  semuanya berjalan dengan lancar.

Thursday, 2 December 2010

Mencari Tarikh

Assalamualaikum & Selamat Tengahari.. =)

apa khabar semua?heee.. rasa da lama sangat aku tak menjenguk ke sini. almaklumla. sibuk memanjang. dah lama aku dan Mr. Chen berbincang bincang, bile mau tunang. hehehe. sebenarnya kalau boleh mau nikah terussss. ;p hmm, kalau ikut perancangan, mau tunang next year. tapi... next year tu panjang. ade 12 bulan = 365 hari. hehehe. agak agak tarikh mana yang menjadi pilihan. jeng..jeng..jeng... dalam kepala aku macam dah ade. same goes to Mr. Chen la kot. takpe, next entry aku habaq mai k. papai~



Nota cinta ::: berikan yang terbaik buat kami..



Saturday, 27 November 2010

Wow! Tak Sangkanya..

Assalamualikum & Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, 1 barang penting, da setel tuk majlis tunang kitorang. selepas di fikir fikirkan, di kaji kaji. kami sebulat suara merancang nak beli cincin tunang secepatnye. kenapa??? sebab kami duk perati harga emas makin mencanak canak naiknya. seram yeopp~ kalau tak beli sekarang, kompem2 dua atau tiga bulan lagi mencanak lagi harganya.  makanya, tanggal 27 November 2010, kopak la poket Mr. Chen daku. hihihi. maceh laling. lap u more than before. heeee.

nak tengok ke? mana boleh tunjuk sekarang. tunggu lah masa dan ketikanya. saya bagi reveal satu dunia. kuang kuang kuang. excited sungguh aku neh. hahahaha. hm, cincin daku simple jerk. oh ya, kami merancang hanya 1 cincin sahaja. cukup lah seadanya. apa apa pun aku tetap bahagia. thanks a lot my love.. =D okeh, objek utama sudah selesai. after this merancang rancang masa dan ketikanya untuk kami di tunangkan. bilakah?? tunggu~ ;p



Nota cinta ::: ya Allah, permudahkanlah urusan kami

Saturday, 20 November 2010

Launch Event Invitation Mr & Mrs Chenta To Be

Assalamualikum & a very good morning..

Dengan bismillah, saya merasmikan pelancaran blog ini.
cewah..!! hehe.. maaf, saya memang suke mengarut. peace!
Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan nak buat blog ni.
dah lama teringin tapi selalu tak berkesempatan.
Mr & Mrs Chenta to be as our diary dalam persediaan untuk ke jinjang pelamin.
bila? teettt..!! hahaha.. tak tau lagi bile.
suka nak create this blog sebab senang nak simpan or abadikan any idea, design or anything yang menarik about wedding. I'm in LOVE with everything about wedding.
so adorable. hehe..
okla, cukup setakat itu dulu.