Showing posts with label DIY Project. Show all posts
Showing posts with label DIY Project. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar Dah Siap..!!

Assalamualaikum =)

Walaupun hari ni hari rabu, orang selalu buat wordless, tapi ku harung jugak. ahaha. Sebab nanti bile ku kate wordless, alih2 ber 'word-word' jadinya. hahaha. Yess..!! Tajuk entry aku hari ini sudah terang lagi bersuluh pakai spotlight. Alhamdulillah bunga pahar ku sudah setel aku DIY. Syukur sangat sangat. Dah boleh pangkah satu list DIY aku. haha. List DIY aku boleh tengok sini. Banyak yeop aku nak DIY. Mudah mudahan jadi kenyataan. Projek projek DIY aku yang lain ade yang in progress, ada yang belum terusik. hehe.


Nampak tak atas kotak tu aku tulis ape? Haa... aku dah siap seal itu kotak takmo kasih berabuk. hehe. Masih ada lagi 4bulan kot. Ada karang berabuk bunga pahar aku. Oh ye, this one bunga pahar untuk masa sanding. Bunga pahar tuk nikah aku dah siapkan last 2 weeks. Aku dah suh mak aku hangkut bawak balik rumah. hehe. Alhamdulillah.. Lega sangat aku rasa. Berhempas pulas aku buat sensorang. Tapi yang last skali ada la makcik aku tolong sikit. hehe. Syukur gila. Kalau ikutkan aku rasa nak give up je. Tapi tetap ku kuatkan semangat. Terima kasih makcik ku. Terima kasih jugak Mr Chen tolong tengok je. hahaha.

Eh, nak tengok ke bunga pahar aku? haha. Maafkan aku ye kawan kawan. Aku buat tekun gila sampai tak dan nak snap kat hp aku. Adik aku ade snap gune kamera tapi dah bawak balik rumah la itu kamera. Jadinya, tunggu dan lihat je lah lagi 4 bulan ye. Aku buat biasa biasa je. Yang penting, menjimatkan. hahaha.. Makcik aku, mak aku, abah aku semua cakap, penat je ko buat. Beli dah siap kan senang. Hehe. Jenuh aku tangkis. Takpe la penat pun, janji dapat macam ape yang aku nak dan paling penting murah. Sebabnya bile aku pergi tengok bunga pahar kat kedai, yang murah tu ada, tapi aku tak berkenan. Cerewet kan? Yang aku berkenan semua mahal mahal. Sebatang, RM 4-5. mana nak cekau yeop? haha. Solution nye, sila buat sendiri ye mak jemah. Cheapskate sungguh! haha. Tak dulik apa orang nak kate sebab nanti yang keluarnya duit aku jugak. Sila berbelanje ikut kemampuan ye cik hanis.

See.. See.. kan aku dah cakap tadi. kompem ber 'word word' jadinya. haha. Dah la. Makin lama makin merepek aku nanti. Till we meet again. tata titi tutu..


Nota Cinta ::: Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan kami.

Friday, 20 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar In Progress

Assalamualaikum.. =)

Now aku tengah menggila nak siapkan bunga pahar. Hambek ko. Masa buat listing DIY bukan main seronok. itu nak buat, ini nak buat. hahaha. Mesti ade yang cakap, Eh, eh, knape plak ko nak meroyan siapkan bunga pahar awal awal? kan lambat lagi?  haaa.. Aku kena jugak siapkan sebab aku tak mau hangkut barang DIY aku yang banyak lagi menanti tuh ke kajang. Ye, saya mahu berpindah ke kajang. Alhamdulillah dapat peluang kerja baru. Weeee.. first time nak rasa dekat ngan Mr Chen selama 7 tahun kami kenal nih. Berdebar debar gitu. hahaha. Tak tau nak describe macam mana. Jap! aku dah lari tajuk neh. kikiki. Maafin gue dong. Gue emangnya begini. Ciskek btul. hehe.

Aku buat 2 design bunga pahar. Satu untuk nikah, satu untuk time majlis. mana la tak terberanak aku nak menyiapkan. Alhamdulillah bunga pahar nikah aku dah siapkan sebanyak 110 biji. Tinggal bunga pahar time majlis je lagi aku nak kene setelkan by diz week. hukhuk. Gambar gambar semua takde. Aku bagi yang in progress je lah ye. aku buat biasa biasa saje. Bunga pahar nikah aku tak dan nak snap gambar sebab dah bawak balik rumah mak aku. Malas dah nak bukak kotak. haha. So, here gambar bunga pahar majlis aku.....





Nota Cinta ::: Doakan kami ye rakan rakan =)

Thursday, 2 February 2012

[DIY] : Paper Flower "Bunga-Bunga Cinta"

Assalamualaikum =)

Hye si cantiks.. hehe. Tadi Kat opis aku saja saja try buat bunga origami nih. Tapi memang bahan tak cukup la. Kikikiki. Kertas pun aku guna yang recycle je. Ok la, tanpa membuang masa, meh aku tunjuk cara cara nak buat bunga bunga cinta neh. **nama tuh aku yang letak ikut suka hati aku. haha** Kalau uols nak bubuh nama bunga teratai layu di tasik madu pun boleh. cewah.!! haha. erk! Melalut sudah. Ok, kita mulakan dengan bahan bahan yang diperlukan.

Bahan - Bahan
1.   Kertas
2.   Gam
3.   Jari jemari yang gebus. ;p
4.   Paper clip (optional)


Cara-cara
1.   Dapatkan sehelai kertas berbentuk empat segi sama ye kawan kawan sekalian. Kalau tak sure macam mana rupa empat segi sama tuh takpe, aku kan ada. haha. Meh aku tunjuk bentuk segi empat sama. 



2.   Seterusnya, lipat 2 itu kertas jadi bentuk segi tiga macam gambar kat bawah ni. Senang je kan? hehe.. 



3.   Dah siap lipat segi tiga macam kat atas nun, kita teruskan melipat lagi. Lipat 2 bucu yang kat bawah bawak naik atas. Dia jadi bentuk segi empat sama semula.. Kalau tak paham jugak, meh aku tunjuk gambar. hehehe. Nampak tak anak panah kecik comel tuh? Sila ikut ye.



4.   Ok, dah lipat tu nanti akan jadi macam ni ye kawan kawan.




5.   Next, kita lipat hujung bucu yang kat atas tu bawak ke bawah.. Nak tau lipat macam mana, uols boleh refer gambar bawah ye.




6.   Nanti dah lipat bentuk dia akan jadi comel macam aku. erk! haha. Perasan tak hengat. Takpe, abaikan. ;p Meh sini, aku dah sediakan gambar untuk korang.



7.   Selepas itu, haaa.. skema sikit. =) kawan kawan sila kembung kan part yang kita lipat tadi tu. Haha.. aku tak pandai nak terang. Kembung amenda la aku nih. Jap jap, aku bagi gambar lagi. hahaha. 

 nampak tak aku kembung kan tu? hee.. maaf~


8.   Sila kembungkan dua dua bahagian ye. hehe.. pastu penyekkan dia..!! Bila dah penyek, rupa kertas tu akan jadi macam gambar bawah ni. Lepas tu, Lipat lagi 2 bucu kiri kanan tu ke dalam. Nampak kan anak panah aku lukis? 



9.   Nanti dia jadi macam gambar bawah ni ye kawan kawan. Dah jadi, korang lipat lagi sekali. Jangan risau, aku bagi gambar jugak. hehehe.. 

 


10.   Dah penat ke? hehe.. rilex.. rilex.. dah nak siap ni. Dah lipat, akan jadi macam gambar kat bawah ni ye kawan kawan. **rasa macam dah ulang ayat yang sama banyak kali** haha. Lantak la. Janji korang paham. Paham ke? ;p



11.   Yeay..!! Nak siap dah. Last step, Kita cantumkan depa 2. Ceh, macam nak cantum apa je kan. hihi.. Kita cantumkan 2 2 bucu kiri kanan ni ye. Buat macam gambar kat bawah ni. 



12.   Dah cantum ke belum? ish, nak tunggu aku jugak. hihihi. Jap, aku bagi gambar lagi. ;p Jangan lupa sapu gam ye cantumkan tuh. Kat opis aku nih takde gam la pulak. So, aku hentam guna stapler. hihihi. Nak dapat kan bunga bunga cintta yang cantik, sila ulang step step ni 5 kali ye. **tuk dapat 5 kelopak la** kalau nak buat banyak bunga, ulang lah banyak kali.



13.  Dah buat banyak banyak kelopak bunga nih, korang boleh start cantumkan depa satu persatu. Guna gam la cantik. Jangan ikut aku guna stapler ye. Huduh nanti jadinya.. ehehe.. Nak tengok tak yang dah siap? Taddaaaa...!! 


hehehe.. dah siap pun bunga bunga cinta. Apa lagi, cubalah.. Senang je kan? ehehe.. Kalau tak paham, maaf ye.. hee.. Nampaknya aku kena asah bakat lagi nih. Sampai di sini dahulu Cik comel bersiaran untuk hari ini. peace..! ;p

Oh ye..!! lupe plak aku nak bagitau. paper clip yang aku mention awal awal tadi tu, korang boleh guna masa nak keringkan gam dia. Takut die terbukak kan.. So, korang kepit la dia guna paper klip tu. hehehe. Selamat Mencuba..!! =)



Nota Cinta ::: Ya Allah permudahkan lah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.




Wednesday, 25 January 2012

[DIY] : Tutorial Fabric Flower

Assalamualaikum =)

Hye beautiful.. hows ur CNY holiday? mesti best. Hehehe.. Harini aku rasa nak share tutorial fabric flower. Aku rasa ramai dah buat tutorial ni kot. Tapi aku nak buat jugak. Ngeh3. Tutorial nih, aku belajar dari sifu Intan. So, aku panjang panjang kan lagi ilmu dia. hee. mandai lah aku kan? Bak kata warga NCOL, sharing is sexy.  Nuf said. Kita straigh to da point k.

Bahan - bahan :
1. Kain
2. Jarum
3. Benang

haaa. sikit je kan bahan-bahannya? hehe.

Cara - cara :

1.     Potong kain memanjang. Buat 3 saiz. Kalau nak banyak tingkat / kelopak, buat la lebih. tapi rasanya kalau lebih macam dah serabut. hehehe. Saiz yang aku guna : 11 3/4 inch x 3 1/4 inch, 9 3/4 inch x 2.5 inch, 8 inch x 1 3/4 inch. **abaikan background die ye**



2.     Jahit / cantumkan kedua dua hujung kain tadi. Aku guna mesin jahit je. Kalau guna tangan boleh. Tapi masak lah nak jahit banyak banyak kan.=)



3.      Haaa... nanti dah siap jahit akan jadi macam gambar kat bawah ni lah.  Sila abaikan tangan yang gebus itu.hahaha..



4.      Sesudah itu, eceh!! skema laks ayat aku.. hehe. Dah settle cantum kain tu, boleh lah lipat kain tu jadi macam.... tak tau nak describe, tengok je la gambar bawah ni ye kawan kawan. =)



5.     Ok, setakat 4 step ni faham tak kekawan? hehehe.. Next, aku lebih suka iron kain yang kita dah lipat tadi. Bagi kemas sikit. Aku nak jahit pun sonang. Takde la asik nak kena pin or pegang die bagi statik. Ngeh2.. Dah iron, dia jadi macam ni.. 



6.     Dah iron cantik dan kemas, masa untuk bentuk jadi bunga.. yeah..!!! Excited sikit. hehehe. Nak jadikan bunga yang cantik menawan , kita cuma perlu jahit jelujur je kekawan. Senang kan?  Tapi, ingat tau, jahit part yang terbuka tu. Jahit sampai habis..!! =)



7.    Dah penat ke uols? ehehe... bawak bertenang. Dah sampai final step dah ni. Part ni paling best. Sebabnya kita dapat tengok die menjadi.. Yeah...!! hehe.. Dah siap jelujur keliling, uols tarik je hujung benang tu sampai die kerepot kerepot. Erk! bahasa apa lah yang aku guna. hahaha. Tarik dan matikan jahitan bila kita rsa kerepot kerepot dia dah cantik. Tadaaa...!!! Magic..!! terus siap dah banyak. hihihi.



Selamat Mencuba..!! Senang je kan? Cuba jangan tak cuba.. Tanx to my sifu, Intan. dia memang sangat superb bab DIY. peace! hehehe.. 



Nota Cinta : Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.. Amin.. =)

Monday, 16 January 2012

Mangsa Dera

Assalamualaikum =)

Now mood tengah bahagia. Sebabnya? haaa.. sebabnya, aku dah jumpa bakat baru untuk di dera tolong aku buat DIY fabric flower. Boleh gitu? hahaha. Banyak okeh aku nak kena buat. Beratus ratus. Fengsan.. hahaha. **salah sendiri sebab semua nak DIY ;p  ** Malas nak cite banyak, meh aku tunjuk calon kebanggaan. cewah! Lebih sudah. Hehehe..



Tak lain tak bukan, Mr. Chen la... Siapa lagi. hehehe. Amacam? Sesuai la kan jadi mangsa dera aku? kikikiki. Kesian Mr. Chen dapat tunang loqlaq macam aku nih. Hihihi.. sila janga percaya ye. Mr Chen tolong aku jahit sekuntum mawar merah.. sebuah puisi..  bunga je pun.



Comel tak sew kit aku? Okeh, perasan sendiri. haha. Punya lah banyak aku nak kena buat, sampaikan aku usung ke sana ke mari alatan menjahit aku. Mr Chen tolong aku ni pun kat TBS. kikiki..  Ada sape sape nak tolong aku tak? hehehe.




Nota Cinta ::: even DIY memenatkan, tapi puas hati..!! =)

Wednesday, 14 December 2011

[DIY] : First Attempt HB

Assalamualaikum =)



Yeah..!! Finally jadi pun fabric flower ku ini.. hehe.. Mula mula buat die jadi macam mangkuk skit. Tak cantik! Tapi takpe, pagi tadi aku bersungguh alter sana alter sini. hahaha. Dahla jahit gune tangan je nak cantumkan tu. Hantam la labu. Excited nak buat banyak banyak nak siapkan HB ni cepat cepat. haha. Semangat bukan main. Padahal lambat lagi. Tapi tetap kena start awal sebab banyak lagi DIY mission yang bakal menyusul. ngee~ Kamu orang, marilah mencuba. Senang je. kikikikiki. Tq ye kekawan B2B sekalian. Buat aku lebih excited and semangat nak DIY semua benda. What? SEMUA?? haha.. Fengsan.



Nota cinta ::: rindu sama Mr Chen. kikiki

Monday, 12 December 2011

[Review] : Hantaran for Dilaeleyana

Assalamualaikum & selamat sejahtera =)


Dilaeleyana, a fren of mine. Dulu-dulu time study, lecturer + fren susah nak menyebut her name. Some people complain, terbelit belit lidah diorang nak menyebut. Hehehe. But em da one yang reti nak sebut. Ceh ceh. Bukan berlagak ye, haha. First of all, kindly let me tell u how to pronounce her belit belit name. hahaha. DI...LA...ELE...YANA.. See. Its as easy + simple as ABC rite? haha. **mesti korang ckp, eleh, da selalu sebut, mmg la tau.**  takpe, to make it simple, we call her DILA. Ok, back to topic. Her hantaran.

Last month. yup! Dah sebulan berlalu wedding my BFF. But today baru berkesempatan nak review. hahaha. Maafkan saya. Lama sangat dah baru nak review. Ape da.. And u know what? Semalam Dila call, said, POSITIVE!! Woaaahh!! Dila nak jadi mummy da. Tahniah sangat sangat. hee.. Eh, eh! lari tajuk lagi. Ok, back to basic. ;p

Dila asked me to help her do the gubahan hantaran. As her BFF, i said, BOLEH! I have nothing to give, but insyaAllah i'll do my best. =) Dila gimme a certain amount of money for me joli joli beli barang barang tuk gubah hantaran dia. Dila nak yang budget, but me?? hahaha.. She knows me well. Sangat cerewet and nak yang cantik cantik only. Dila tak kisah pun aku nak buat macam mana hantaran dia. But I do! I kesah ok. hahaha. We went to Air Hitam pusing pusing cari barang yang murah + Cantiks! Finally, dah penat pusing pusing dapat jugak macam yang di cari. MURAH + CANTIKS. So, as her wish and her budget, here we are..  A simple purple + white hantaran  for her..**tapi aku derhaka, masukkan skit unsur pink. pencinta PINK kan.. haruslah. haha **


toiletries + towel + buku


kasut


set facial



nampak tak paper flower kat tengah2 ribbon tuh? heee.. since dulu da eager nak buat, tapi tak sempat nak buat untuk my E-day. Nak tunggu my wedding, lambat lagi la pulak. So, Dila la jadi mangsa. hehe. I heart semuanya so much! If ada sape sape nak tempah buat hantaran boleh la bagitau.. ;p cehceh. hahaha.



nota cinta ::: Tahniah Dila.. Semoga bahagia hingga ke syurga.Em happy for u.




Friday, 9 December 2011

[Review]: Hantaran Tunang

Assalamualaikum =)


I heart my hantaran so much. even simple, tp puas hati sebab buat sendiri. yerp! DIY.. even jari jemari aku ni agak keras, tapi Alhamdulillah menjadi la jugak. hee.. sebenarnye aku sangat suke any craft activities. Dats y selagi boleh, nak buat sendiri semua benda. Cume mampu tak mampu je lah. balik kerja da magrib. Eh. maaf, jauh plak aku melancong. sampai ke krabi. hahaha. Tau la destinasi impian for honeymoon.. ;p 

Erm, even tau tak sape baca blog aku neh, tapi tetap nak meneruskan jangka hayat blog aku nih. ngeee.. sebab aku suka! yezzaa! i like. Astagfirullah, melalut lagi. ok2, even aku tau da lama sangat aku jadi tunangan orang, tetap nak review. Sebenarnye lebih kepada kenangan buat diri sendiri.  Pada yang sudi menjenguk sini, terima kasih aku ucapkan. Mai la jenguk2 hantaran kami yang tak seberapa ni. Mr Chen bagi aku 7 dulang hantaran. Warna tema chocolate + gold.




Terus terang aku katakan, majlis pertunangan Mr & Mrs Chen ni memang rancang kecil-kecilan je. Itu sebab warna hantaran aku dengan warna baju aku tak senada. hahaha. Lagipun, bagi aku ok ape (nak sedapkan hati sendiri la tu) heee..bile orang tanya aku, warna tema ape, aku tak tau nk jawab. hahaha. hentam la labu. So, warna hantaran aku silver + putih + merah. Aku balas 11 dulang hantaran. Asalnya aku bagi 9 je. Tapi ade la orang2 yang berbaik hati nak sponsor. Terima kasih semua.




Bawah ni gambar aku gila kuasa nak bergambar sorang2 dengan hantaran. hehehe. Maaf ye. Memang tak boleh buang perangai tu. pantang nak snap pic, kompem 2 batang jari aku; telunjuk + hantu terus tegak meninggalkan 3 jari lain. hahaha. over laks explanation aku. dalam erti kata lain, PEACE...! 



Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat mak, abah, nenek, adik2 & seisi keluarga aku. Tak lupe jugak  keluarga Mr Chen. Terima kasih semua. Doakan yang terbaik buat kami. insyaAllah..



Nota cinta ::: love the way u are