Tuesday, 24 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar Dah Siap..!!

Assalamualaikum =)

Walaupun hari ni hari rabu, orang selalu buat wordless, tapi ku harung jugak. ahaha. Sebab nanti bile ku kate wordless, alih2 ber 'word-word' jadinya. hahaha. Yess..!! Tajuk entry aku hari ini sudah terang lagi bersuluh pakai spotlight. Alhamdulillah bunga pahar ku sudah setel aku DIY. Syukur sangat sangat. Dah boleh pangkah satu list DIY aku. haha. List DIY aku boleh tengok sini. Banyak yeop aku nak DIY. Mudah mudahan jadi kenyataan. Projek projek DIY aku yang lain ade yang in progress, ada yang belum terusik. hehe.


Nampak tak atas kotak tu aku tulis ape? Haa... aku dah siap seal itu kotak takmo kasih berabuk. hehe. Masih ada lagi 4bulan kot. Ada karang berabuk bunga pahar aku. Oh ye, this one bunga pahar untuk masa sanding. Bunga pahar tuk nikah aku dah siapkan last 2 weeks. Aku dah suh mak aku hangkut bawak balik rumah. hehe. Alhamdulillah.. Lega sangat aku rasa. Berhempas pulas aku buat sensorang. Tapi yang last skali ada la makcik aku tolong sikit. hehe. Syukur gila. Kalau ikutkan aku rasa nak give up je. Tapi tetap ku kuatkan semangat. Terima kasih makcik ku. Terima kasih jugak Mr Chen tolong tengok je. hahaha.

Eh, nak tengok ke bunga pahar aku? haha. Maafkan aku ye kawan kawan. Aku buat tekun gila sampai tak dan nak snap kat hp aku. Adik aku ade snap gune kamera tapi dah bawak balik rumah la itu kamera. Jadinya, tunggu dan lihat je lah lagi 4 bulan ye. Aku buat biasa biasa je. Yang penting, menjimatkan. hahaha.. Makcik aku, mak aku, abah aku semua cakap, penat je ko buat. Beli dah siap kan senang. Hehe. Jenuh aku tangkis. Takpe la penat pun, janji dapat macam ape yang aku nak dan paling penting murah. Sebabnya bile aku pergi tengok bunga pahar kat kedai, yang murah tu ada, tapi aku tak berkenan. Cerewet kan? Yang aku berkenan semua mahal mahal. Sebatang, RM 4-5. mana nak cekau yeop? haha. Solution nye, sila buat sendiri ye mak jemah. Cheapskate sungguh! haha. Tak dulik apa orang nak kate sebab nanti yang keluarnya duit aku jugak. Sila berbelanje ikut kemampuan ye cik hanis.

See.. See.. kan aku dah cakap tadi. kompem ber 'word word' jadinya. haha. Dah la. Makin lama makin merepek aku nanti. Till we meet again. tata titi tutu..


Nota Cinta ::: Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan kami.

1 comment:

  1. Follow u dear..

    Good Luck 4 ur wedding prep..

    http://weddingclosetbydianasafri.blogspot.com/

    ReplyDelete