Wednesday 31 October 2012

Alhamdulillah..

Assalamualaikum & selamat petang =)





Alhamdulillah.. hari ini genap 2 bulan aku menjadi isteri yang bulat comel kepada suami tercinta. haha. Walau bulat, tetap comel. Choi..! ;p Rasa macam tak percaya dah jadi isteri Mr Chen.  Kadang kadang pun macam terlupa yang aku ni dah bersuami. haha. Ape pun, semoga ikatan kami sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. InsyaAllah..


I HEART YOU my dear.



NotaCinta ::: Dah 2 bulan, tapi tak update langsung pasal majlis. huuu



Monday 13 August 2012

KAD KAHWIN DAH SIAP..!!

Assalamualikum.. =)

Dah lama sangat tak update blog nih. Berbulan bulan dah rupanya tak jenguk ke sini. Rugi la diari ni nipis je. Tak boleh tunjuk kat anak cucu. ahaks! nak tunjuk ke? haha.. Yezza... akhirnya kad kahwin aku dah siap. hehe.. Bukanlah baru siap arini. Almost 3 weeks dah rasanya.. hehe.. Now tengah berusaha pos kad kad untuk rerakan sekalian.. Ada sesape yang nak kad? Meh meh bagi address kat aku. hehe.. Special nya kad kahwin aku nih, Mr Chen yang edit sendiri. Kitorang hantar print je. hehe.. Special bagi aku la. Tapi simple je kad kitorang. Aku tak minat sangat crowded crowded. Agak cerewet la. haha. Kla, mls nak cite panjang.. Presenting our kad kahwin.. cewah. haha.. lp nak snap gambar. Aku amik yang PDF je la.. See u next time.. daaa..





Friday 18 May 2012

Kad Kahwin

Assalamualaikum =)


Ya Allah dah lama sangat aku tak update blog nan satu neh. Banyak perkara yang menuntut waktu aku sekarang ni. Sejujurnya segala persiapan perkahwinan aku banyak yang tergendala buat masa ni. Benda yang paling penting, Kad Jemputan pun aku tak tempah lagi. Jenuh aku dok kira kira guna jari, majlis aku ade 104 hari lagi. Sempat ke? haaa... tau gerun, tapi tak buat buat lagi. bila entah.

Sekarang nih otak aku tengah berserabut lagi. Waktu pun tak menentu. Semua benda perlukan perhatian. cewah. hahaha.

Okla, aku rasa itu je aku nak ngomel hari ni. Ada kerja yang menanti. See u then. =)


NotaCinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan.

Tuesday 24 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar Dah Siap..!!

Assalamualaikum =)

Walaupun hari ni hari rabu, orang selalu buat wordless, tapi ku harung jugak. ahaha. Sebab nanti bile ku kate wordless, alih2 ber 'word-word' jadinya. hahaha. Yess..!! Tajuk entry aku hari ini sudah terang lagi bersuluh pakai spotlight. Alhamdulillah bunga pahar ku sudah setel aku DIY. Syukur sangat sangat. Dah boleh pangkah satu list DIY aku. haha. List DIY aku boleh tengok sini. Banyak yeop aku nak DIY. Mudah mudahan jadi kenyataan. Projek projek DIY aku yang lain ade yang in progress, ada yang belum terusik. hehe.


Nampak tak atas kotak tu aku tulis ape? Haa... aku dah siap seal itu kotak takmo kasih berabuk. hehe. Masih ada lagi 4bulan kot. Ada karang berabuk bunga pahar aku. Oh ye, this one bunga pahar untuk masa sanding. Bunga pahar tuk nikah aku dah siapkan last 2 weeks. Aku dah suh mak aku hangkut bawak balik rumah. hehe. Alhamdulillah.. Lega sangat aku rasa. Berhempas pulas aku buat sensorang. Tapi yang last skali ada la makcik aku tolong sikit. hehe. Syukur gila. Kalau ikutkan aku rasa nak give up je. Tapi tetap ku kuatkan semangat. Terima kasih makcik ku. Terima kasih jugak Mr Chen tolong tengok je. hahaha.

Eh, nak tengok ke bunga pahar aku? haha. Maafkan aku ye kawan kawan. Aku buat tekun gila sampai tak dan nak snap kat hp aku. Adik aku ade snap gune kamera tapi dah bawak balik rumah la itu kamera. Jadinya, tunggu dan lihat je lah lagi 4 bulan ye. Aku buat biasa biasa je. Yang penting, menjimatkan. hahaha.. Makcik aku, mak aku, abah aku semua cakap, penat je ko buat. Beli dah siap kan senang. Hehe. Jenuh aku tangkis. Takpe la penat pun, janji dapat macam ape yang aku nak dan paling penting murah. Sebabnya bile aku pergi tengok bunga pahar kat kedai, yang murah tu ada, tapi aku tak berkenan. Cerewet kan? Yang aku berkenan semua mahal mahal. Sebatang, RM 4-5. mana nak cekau yeop? haha. Solution nye, sila buat sendiri ye mak jemah. Cheapskate sungguh! haha. Tak dulik apa orang nak kate sebab nanti yang keluarnya duit aku jugak. Sila berbelanje ikut kemampuan ye cik hanis.

See.. See.. kan aku dah cakap tadi. kompem ber 'word word' jadinya. haha. Dah la. Makin lama makin merepek aku nanti. Till we meet again. tata titi tutu..


Nota Cinta ::: Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan kami.

Misi Berjaya!!

Assalamualaikum & a very good day =)

Misi amenda lah mak jemah oi.. hahaha. Macam la misi negara, tak pun misi dunia. Padahal misi membeli doorgift tuk tetamu. hahah. Tittle nak propa. Ciskek betul. Ape yang berjaya sangat tu?? Finally, last week berjaya jugak kami (mak, abah & aku) pergi membeli doorgift. Haha. Apa hal la pulak aku nak excited bebenar kan? Bukan apa, a week before kitorang dah pergi kedai tuh, tapi hampa dan kecewa kedai tutup. Sekali risik punya risik, hari sabtu die half day lah mak enon. haha. Itu pun lepas dapat tau dari my fren ( u know who u are). Sebenarnya macam tak puas hati jugak, aku pi google. hahaha. Degil kan aku? Ape pun tq ye adik manis. kikiki..

Sampai sana kesian tengok uncle tuh kerja sorang sorang. Aku ni tak boleh kalau tengok orang tua sikit. Semua pun nak kesian. hahaha. Uncle tu baik. Sampai sampai je uncle tu tanya, untuk wedding ke business? kikiki.. aku jawab, Mestila wedding, uncle.. Saya lah perantin nya.. haha.. ok, itu tipu. Mak dah kira kira kitorang beli dalam 1000 ++ sebab lelaki dapat lain, perempuan dapat lain. hehe.Sape nak tau, nanti datang my wedd ye.. (ceh, bajet ko retiss la nak rahsia-rahsia). My mum muka happy sebab harganya okey~



See.. Penuh kete abah ku. haha.. Sape terer boleh teka kot benda ape aku beli. Now, mission tuk deco ini barang dan jugak sampingannya. Idea.. idea.. phew~



Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan dan sentiasa diberkati. insyaAllah..

Friday 20 April 2012

[DIY] : Bunga Pahar In Progress

Assalamualaikum.. =)

Now aku tengah menggila nak siapkan bunga pahar. Hambek ko. Masa buat listing DIY bukan main seronok. itu nak buat, ini nak buat. hahaha. Mesti ade yang cakap, Eh, eh, knape plak ko nak meroyan siapkan bunga pahar awal awal? kan lambat lagi?  haaa.. Aku kena jugak siapkan sebab aku tak mau hangkut barang DIY aku yang banyak lagi menanti tuh ke kajang. Ye, saya mahu berpindah ke kajang. Alhamdulillah dapat peluang kerja baru. Weeee.. first time nak rasa dekat ngan Mr Chen selama 7 tahun kami kenal nih. Berdebar debar gitu. hahaha. Tak tau nak describe macam mana. Jap! aku dah lari tajuk neh. kikiki. Maafin gue dong. Gue emangnya begini. Ciskek btul. hehe.

Aku buat 2 design bunga pahar. Satu untuk nikah, satu untuk time majlis. mana la tak terberanak aku nak menyiapkan. Alhamdulillah bunga pahar nikah aku dah siapkan sebanyak 110 biji. Tinggal bunga pahar time majlis je lagi aku nak kene setelkan by diz week. hukhuk. Gambar gambar semua takde. Aku bagi yang in progress je lah ye. aku buat biasa biasa saje. Bunga pahar nikah aku tak dan nak snap gambar sebab dah bawak balik rumah mak aku. Malas dah nak bukak kotak. haha. So, here gambar bunga pahar majlis aku.....





Nota Cinta ::: Doakan kami ye rakan rakan =)

Friday 13 April 2012

Borang Nikah & HIV Test

Assalamualaikum =)

Maafkan saya. ;p Entry ni entry yang tertangguh sangat lama. hehe. Gila busy aku sekarang nih. hadoi. Rasa macam teruja sangat nak kahwin. hahaha. Pengsan. Teruja teruja jugak, tapi sebenarnya takut! Takut sebab selalu fikir, mampu ke aku nak jadi isteri yang soleh, Mr Chen nk jadi suami yang solehah (solehah sebab nak suh dia masak, kemas rumah, etc, etc) hahaha. Ok, tu tipu je. Kalau gitu gayanya nampak sangat tak ready kan? hehe. InsyaAllah akan ku cuba yang terbaik. Cewah. haha. Haritu atau lebih tepat, last two weeks (lama kan? haha) mak aku call...

Mak : Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumsalam..
Mak : Mak dekat pej. agama ni. Along dah amik borang nikah belum?
Aku : Mestilah belum mak.. hehehe..
Mak : Mak amikkan terus lah ye?
Aku : Menarik! hehe.. kalau boleh amikkan, amik la mak. Senang sikit nanti.
Mak : Tau dah.. Imi punya? (Mr Chen lah tu)
Aku : Boleh ke mak?
Mak : Orang ni kate boleh. 
Aku : Ha, kalau boleh, ape lagi. kikiki.

Mesti dalam hati mak aku, bertuah punya anak. haha. Amacam? Semangat tak mak aku nak terima menantu pertama? Cewah. haha. Dah siap siap tolong amikkan borang tuu.. Lemak btul anak dia sorang nih. haha. Takpe, nanti aku mintak bayaran borang tu kat Mr Chen 10x ganda. wakakaka. 

Ok, ok.. cukup lah tu bergelak ketawa. Hehe. last two weeks jugak kebetulan aku amik cuti sebab nak buat medical check up. So, sempat lah aku buat HIV test. Aku buat dekat KK kampung aku. Senang dan cepat! Sebabnya orang tak ramai. Phew~ Lega aku tak payah nak kena tunggu lama lama. haha. Tapi..tapi.. pakcik tuh (pakcik la kot sebab macam geli nak panggil abang.  hahaha.) kejam. Dah la tanya soalan dia kurang tepat. haha. Tak puas hai aku. Jap2.. aku macam nak bagi dialog la.. hehe..  

Pakcik : Awak duduk mana? 
Aku : Maksudnya?
Pakcik : Yela.. duduk mana? 
Aku : Errr... saya kerja kat Johor, so, duduk johor la.
Pakcik : Saya tak tanya tuh.  Saya tanya awak duduk mana kat mersing nih.
(dalam hati aku, abes tuh??? hahaha)
Aku : La.. saya duduk kat rumah mak saya lah. Tadi kan tanya duduk mana. Sebab tu saya bagi jawapan macam tuh. (nak menang jugak tuh. haha)

Ha...korang rasa macam mana? Pakcik tu bagi soalan tak lengkap kan? kan? haha. Aku tetap tak puas hati. Tapi paling aku tak puas hati bila dia cucuk aku 2x. Gedik tau nak cucuk cucuk aku sampai 2x sebab dia kata darah tak cukup. Sakit okeh. Dah la dulu kecik kecik aku memang kena cucuk amik darah sampai 2bulan. 

Aku : Pakcik, tak boleh ke tak cucuk lagi?
Pakcik : Tak boleh. Darah awak ni sikit sangat keluar.
Aku : Boleh la pakcik. Meh saya picit jari saya bagi keluar.
Pakcik : Eh, awak ni nak kawen ke tak? hahaha.
Aku : Ade pulak tanya macam tu. Mestilah nak. ;p
Pakcik : Ha, macam tu duduk diam diam.

hahaha. Haru pakcik neh. Eh, eh, tapi aku tak berdendam ngn pakcik neh. Sebab dia bagitau result HIV aku NEGATIF. Alhamdulillah.. hahaha.  Masa nak hand over sampul biru tuh dia siap cakap, nah, awak dah boleh kawen dah. tahniah ye. cewah! tengkiu pakcik. hahahaha.



Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan.. insyaAllah.. =)

Tuesday 20 March 2012

Hujung Minggu Yang Awesome

Assalamualaikum =)



Aku tahu dah lama tak update blog yang dah sedia suram nih. Sob sob. Kesian ko blog. hehe. Jangan merajuk ye. Weekend baru ni aku isikan dengan berjalan sakan. hahaha. Ayat nak poyo kan? Takde la holiday ke apa. Cuma jalan jalan pergi cari barang preparation nak kahwin je. Weekend baru ni (16-18 March) kan ada MATTA Fair kat PWTC. Since Mr Chen dah setuju nak honeymoon luar Malaysia, haruslah aku ajak Mr Chen cekidaut pakej pakej yang best. hehe. Hopefully dapatlah keluar dari Malaysia. Itu pun kalau dapat yang murah murah. hahaha.



17 March - Aku sampai Shah Alam around 5.00 am. Tapi makcik ku kedengki takmo amik awal. Sabar je la. kul 7 lebih baru dia datang amik. Dah ler aku ni penakut. hahaha. Yang tak menahan, boleh plak perut aku yg comel lotey nih meragam. Kriuk kriuk dia berbunyik. (eh, asal aku rasa bunyi macam makan keropok? hahaha). Aku ajak makcik aku yang comel nih pergi GM klang & IKEA. hahaha. Nasib baiklah makcik ku sudi melayan anak buah die yang super duper cute aka boolat. Tujuan pergi GM Klang sebab nak cari ribbon flower tuk baju bertandang aku. puas pusing semua PV tak jmpe jugak apa yang aku nak. Last last pejam mata je rembat mana yang ok. Malam, menyinggah ke I-City buat ke berapa kali ntah. hehe. Banyak kali pun tak pe, aku tak kisah. cehceh.. 



18 March - pepagi bedezupp pergi MATTA fair. Lagi sekali makcik ku yang hot tu tolong hantar. kikiki. Mr Chen awal awal lagi dah sampai. Aku lewat. First time pergi MATTA Fair. Tak tau la pulak kena bayar RM3. hehe..  Nasib RM3 je. berbaloi baloi sebab keluar dari PWTC tu dengan senyuman meleret. Mr Chen approved proposal honeymoon aku. Ok, tu tipu. Mana ade proposal. Saje aku propa. hahaha. Excited sangat sampai terlupa la plak nak snap gambar buat kenangan. Hampeh. tak cun dah entry aku yang ni tak de gambar. Petang tu jugak aku balik Johor nek bas. 





Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan. 


 

Thursday 8 March 2012

8 MAC 2012 : Special One

Assalamualaikum =) 


Its a long journey to remember. Every step, every beat, every second counted! No matter what, my heart is filled with (^_~)



Long..long times ago, we were stranger. Who you are? Who am i? We were nobody to each other. But now, you are da one and only I
♥ . Yeah, we are far apart since the beginning till this moment.. You were there, i'am here.. but it was not the cause that prevents us falling in love from time to time.  Alhamdulillah we are together for 7 years.  I NEED YOU because I YOU. A biigggg NO to I U because I NEED YOU. You knew it well my dear. =)  Step by step we proceed the journey. One step ahead for each time. InsyaAllah till Jannah.. Amin.. 

Happy 7th Anniversary My Dear Mr Chen. ♥ u lots. Thanx for being my side all this time. You are my superhero.. Wink..wink..

Nota Cinta ::: Pray for us. InsyaAllah. sila abaikan tatabahasa oh my english aku tuh. hahaha.

Friday 2 March 2012

Bantal Hantaran Untuk Disewa

Assalamualaikum =)

Sekarang ni susah betul aku nak update blog. Hehe.. Walau pun aku tau takde sape yang menunggu aku update, tapi aku tetap sedih bila tak sempat. Sebabnya tujuan utama blog aku ni kan nak buat kenangan nanti bila aku da bercucu. Ceh! kawen pun belum, ade hati nak cakap pasal cucu. hahaha.

Ok, taknak cerita banyak. harini aku nak bagitau, aku ade nak sewakan bantal hantaran berwarna silver + putih sikit. Ada 11 unit untuk disewa. Bantal hantaran masa aku tunang dulu. Nak tengok aku guna masa tunang dulu, boleh klik sini ye kawan kawan. =)





Item = Bantal hantaran
Warna = Silver putih
Tempoh sewa = 1 minggu
Available unit = 11 units


  Cara-cara, Terma & Syarat Penyewaan
1.Email details 
NAMA:
 ALAMAT:
 TARIKH PERKAHWINAN:
 NO. HP:
EMAIL:
 pada farzana.hanis@gmail.com
2. Buat bayaran deposit keselamatan sahaja atau bayaran penuh ikut no acc yang akan diberikan.
3.   Tarikh majlis anda akan di block selepas bayaran.
  4. Anda terima deposit keselamatan jika tiada kerosakan & tepati masa pemulangan.
5. Tidak dibenarkan menggunakan gam di atas bantal ni. Nanti boleh rosakkan bantal. =)


Nota Cinta ::: Semoga semuanya dipermudahkan.. insyaAllah.. =)


Wednesday 22 February 2012

Baju Nikah

Assalamualaikum & Selamat tengah hari.. =)

Hye! Hye! Bye! Bye!  b2b sekalian.. =) Kesian blog aku nih. Aku selalu abaikan depa. Haha. Erm, aku dah lama hantar tempah baju nikah aku. Last month tak silap. Haha. Boleh tahan lama la kan, ni baru nak update. Haiya.. Ini olang manyak bizi oo..

Baju nikah aku simple je. Takde designer or what so ever. Very da cheapskate okeh! hehe. Jangan dilupa, aku ni kan budget bride. Haruslah sedaya upaya mengurangkan kos kos yang tak sepatutnya. erm, Tapikan.. Nape aku rasa macam mahal je upah baju nikah aku neh. hahaha. Nak murah, jahit sendiri la amoi! Adoiyainya. Erm, design baju tuh aku buat ikut suka aku. Beads ke apa aku jahit sendiri nanti. Tak mampu woo nak hire orang beading.

Last time my aunty pi tempah baju raya ala ala perantin, skali ngn beads, RM400 wooo. Mau tak pengsan aku mendengarnya. Hahaha. Baju dia glamour U. Kalah baju perantin yg bajet ni ha. hihihi. Nasib la labu. Erm, aku macam malas nak cerita panjang berjela. Nanti aku tepek gambar gambar yang aku jadikan sumber inspirasi baju nikah aku ye. Layan~

 ihsan google

  ihsan google

  ihsan google

Hasilnya? Nanti dah siap aku tunjuk ye. Eh, tapi teaser je lah dulu. Aunty tu janji siap bulan 6. Tunggu dan lihat je lah. Aku kalau boleh nak siap awal la kan. Sebab aku nak jahit beads dia bagai. Nak patch lace lg. Ya Allah.. Tetiba rasa macam banyak gila aku nak kena buat. hahaha. Cukuplah untuk hari ni. =)


Nota Cinta ::: Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Murahkanlah rezeki kami. 



Wednesday 15 February 2012

Cincin Kahwin Mengecut..!!

Assalamualaikum & Selamat Petang.. =)

 sekadar hiasan. ehsan Mr G. 


Selalu orang buat wordless wednesday. Tapi harini aku buat Wednesday Full of Words. Nape aku rasa nama tu macam pelik? hahaha. Lantak la. Sukati ko la labu nak letak apa. hahaha. Abaikan. Ni aku nak share. Laast weekend aku kuar meronggeng dengan fren of mine. Me call her siput. hehe. Cute kan nama die? Secute orang nye. Cewah.

Alang alang dah keluar tu aku ajak siput teman pi CS nak amik cincin. Lama betul aku biar si comel cincin tu kat kedai. Berbulan bulan. hahaha. Dah excited nak amik, sekali cuba. Ya Allah. Cincin ku mengecut!! Tidak..!! Macam mana ni? Ape ni cincin. Bukan tinggal lama sangat pun. Merajuk lah tu aku tak amik dia awal awal. Kut ye pun merajuk jangan la sampai kecut mecut kurus keding. Sesak nafas tau nak kena kembangkan balik. Haih.. melayang duit aku. hahahaha.

Dengki tau cincin ni. Nak mengecut plak dia. Tak tau ke aku nih bajet bride. Mana boleh sesuka hati nak suh aku kuar duit. kikiki. Dey tambi..!! TAk sedar diri betul. Cincin mana boleh mengecut. Ko tu yang dah GEMUK!! Eh, aku tak gemuk **tak dapat terima kenyataan. haha** jari aku je yang gebus. Bluwekk.. menci tau. huhu. Terpaksalah aku tambah duit lagi kasi resize itu si comel. Ha, ni aku tak tau la bila pulak aku nak pergi amik. Malas tau nak kuar rumah jenjalan sorang. Kalau Mr. Chen ada tak pe jugak. heee.. Oh, saya rindu Mr Chen saya. k.bai.



Nota Cinta ::: Ya Allah permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.


Thursday 9 February 2012

[Resipi] : Non Bake Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum =)

Dah lama aku tak update kan? Maaf ye. Sebenarnya kalau ikutkan banyak sangat nak cerita. Tapi penyakit M melanda diri. hehehe. Ntah apa apa. Harini macam nak lari topik sikit dari perihal kahwin. Cewah. Macam skema laks ayat aku. Ngeh ngeh.

Pagi tadi before gerak pergi kerja aku merajinkan diri buat ciskek. Entah apa apa aku nih. Petang semalam balik kerja malas nak buat. Time nak pergi kerja tuh la baru sibuk nak buat. Hehe. Nasib sempat kejar nak sampai office pukul 9. Nak kejar attendance allowance beb. Dah lama tak dapat. Dah ler company aku nih tak de elaun lain. Sedih tau. Eh, aku dah melalut. Maaf. Hahaha. Ok, back to basic.

Terus terang aku cakap, kek yang aku buat ni aku buat ikut suka. Aku memang selalu menderhaka tak ikut resepi. hee.. So agak susah aku nak share resipi ye kawan kawan. Apa pun aku cuba yang terbaik. hehe. Takpe, aku sertakan resipi asal yang aku ade, sambil tu aku bagitau ape yang aku buat. hee.. tapi kalau uols nak ikut sebijik sejiban macam resipi yang aku nak dapat ni pun boleh. Nak di ingatkan, kek nihjenis yang soft soft gitu. Mr Chen cakap, macam asikrim. hehe. Yang paling best bile Mr Chen ckp, kalah Secret Recipe. Ups! over pulak Mr Chen ni. hahaha. Takpela. Biar la aku perasan sorang sorang. hahaha.


 Ini lah rupa kek yang aku buat pagi tadi.
Eh, sebenarnya dapat banyak.
Ni sebahagian je. hehe.
Aku bahagiakan 1 tupperware besar, 1 yang ni.


Bahan-bahan A
  1. Biskut digestive
  2. 1/4 cwn butter
Bahan-bahan B
  1. 500g cream cheese 
  2. 1 cwn gula halus
  3. 4 cwn whipping cream / 1 kotak kecik  whipping cream
  4. 1/2 sb vanila
  5. 3 sb gelatin + 1/4 cwn air panas
  6. Oreo 
Cara-cara.

Bahan A

  1. Crush/ blender biskut digestive. **Ni aku guna ikut suka, kalau korang suka kerak die tebal, buat lah lebih. hehehe. Tapi kalau crust tu nak guna biskut oreo pun boleh. Takde masalah.**
  2. Cairkan butter. Kemudian campurkan dengan biskut yang dah di hancurkan tadi **butter ni korang agak2 ye. jgn terlebih sgt. Agak agak biskut tuh stick together, ok la. **
  3. Tekan tekan dalam loyang. Sejukkan dalam fridge.
Bahan B
  1. Pukul cream cheese bersama gula halus sampai kembang. **kat rumah mak cik aku takde mixer. so, aku guna blender. Blender susah nak gerak kalau takde air, so aku tambah susu cair ikut suka aku. haha. agak2 die gerak ok la. Gula pun aku tak ikutan sukatan sebab aku buat ikut citarasa kemanisan aku. Sambil sambil pukul tu, aku rasa la. Kalau rasa kurang enak, aku tambah gula sikit lagi. hehehe.**
  2. Campur 4 cawan whipping cream. Kaup balik kan sampai rata. **ok, whipping cream ni kalau korang guna yg instant, ikut sukatan cawan tuh. kalau guna yang masih dalam kotak, bedal je sekotak. hehe. **
  3.  Masukkan vanila. **Pagi tadi aku lupa nak masukkan. hahaha**
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. PAstikan ianya tak berketul. Masuk dalam adunan. Gaul rata. Gelatin ni cari yang halal lah ye. hehe. Tapi kalau takmo letak pun takpe. Cuma maybe nanti tekstur die terlebih lembut. **aku bubuh 1 stgh sb gelatin jek. itu kalau korang nk buat tekstur die mcm eskem la. hehe. kalau buh gelatin lebih, die lbih kental n senang nk potong**
  5. Lepas tuh masukkan lah biskut oreo yang dihancurkan. Gaul. Ini sukati korang la. Kalau suka putih bersih, susun je oreo kat atas macam cake aku tuh. hehehe.
  6.  Dah siap gaul sebati, tuang dalam loyang atau pun tupperware je senang. hehe. Dah siap, simpan dalam fridge dulu ye kawan kawan. Fridge bawah je. tak payah nak semngat sangat letak yg frozen tuh. hihihi. Esok dah boleh makan. nomnomnom.
***best serve kalau kita buat portion kecik kecik. Means buh dalam mangkuk comel comel yang boleh serve trus. Sebab tekstur lembut macam aiskrim.***


Whipping cream yang aku maksudkan whipping cream kotak. 
Tak silap aku 200g.


Ni pulak instant whipping cream. tinggal pancut je. 
Sukat pakai cawan. hehe


Nota Cinta ::: Selamat mencuba. Dah cuba, jangan lupa bagi aku sikit. hehe. Dah cuba, share gambar ye. =)

Thursday 2 February 2012

[DIY] : Paper Flower "Bunga-Bunga Cinta"

Assalamualaikum =)

Hye si cantiks.. hehe. Tadi Kat opis aku saja saja try buat bunga origami nih. Tapi memang bahan tak cukup la. Kikikiki. Kertas pun aku guna yang recycle je. Ok la, tanpa membuang masa, meh aku tunjuk cara cara nak buat bunga bunga cinta neh. **nama tuh aku yang letak ikut suka hati aku. haha** Kalau uols nak bubuh nama bunga teratai layu di tasik madu pun boleh. cewah.!! haha. erk! Melalut sudah. Ok, kita mulakan dengan bahan bahan yang diperlukan.

Bahan - Bahan
1.   Kertas
2.   Gam
3.   Jari jemari yang gebus. ;p
4.   Paper clip (optional)


Cara-cara
1.   Dapatkan sehelai kertas berbentuk empat segi sama ye kawan kawan sekalian. Kalau tak sure macam mana rupa empat segi sama tuh takpe, aku kan ada. haha. Meh aku tunjuk bentuk segi empat sama. 



2.   Seterusnya, lipat 2 itu kertas jadi bentuk segi tiga macam gambar kat bawah ni. Senang je kan? hehe.. 



3.   Dah siap lipat segi tiga macam kat atas nun, kita teruskan melipat lagi. Lipat 2 bucu yang kat bawah bawak naik atas. Dia jadi bentuk segi empat sama semula.. Kalau tak paham jugak, meh aku tunjuk gambar. hehehe. Nampak tak anak panah kecik comel tuh? Sila ikut ye.



4.   Ok, dah lipat tu nanti akan jadi macam ni ye kawan kawan.




5.   Next, kita lipat hujung bucu yang kat atas tu bawak ke bawah.. Nak tau lipat macam mana, uols boleh refer gambar bawah ye.




6.   Nanti dah lipat bentuk dia akan jadi comel macam aku. erk! haha. Perasan tak hengat. Takpe, abaikan. ;p Meh sini, aku dah sediakan gambar untuk korang.



7.   Selepas itu, haaa.. skema sikit. =) kawan kawan sila kembung kan part yang kita lipat tadi tu. Haha.. aku tak pandai nak terang. Kembung amenda la aku nih. Jap jap, aku bagi gambar lagi. hahaha. 

 nampak tak aku kembung kan tu? hee.. maaf~


8.   Sila kembungkan dua dua bahagian ye. hehe.. pastu penyekkan dia..!! Bila dah penyek, rupa kertas tu akan jadi macam gambar bawah ni. Lepas tu, Lipat lagi 2 bucu kiri kanan tu ke dalam. Nampak kan anak panah aku lukis? 



9.   Nanti dia jadi macam gambar bawah ni ye kawan kawan. Dah jadi, korang lipat lagi sekali. Jangan risau, aku bagi gambar jugak. hehehe.. 

 


10.   Dah penat ke? hehe.. rilex.. rilex.. dah nak siap ni. Dah lipat, akan jadi macam gambar kat bawah ni ye kawan kawan. **rasa macam dah ulang ayat yang sama banyak kali** haha. Lantak la. Janji korang paham. Paham ke? ;p



11.   Yeay..!! Nak siap dah. Last step, Kita cantumkan depa 2. Ceh, macam nak cantum apa je kan. hihi.. Kita cantumkan 2 2 bucu kiri kanan ni ye. Buat macam gambar kat bawah ni. 



12.   Dah cantum ke belum? ish, nak tunggu aku jugak. hihihi. Jap, aku bagi gambar lagi. ;p Jangan lupa sapu gam ye cantumkan tuh. Kat opis aku nih takde gam la pulak. So, aku hentam guna stapler. hihihi. Nak dapat kan bunga bunga cintta yang cantik, sila ulang step step ni 5 kali ye. **tuk dapat 5 kelopak la** kalau nak buat banyak bunga, ulang lah banyak kali.



13.  Dah buat banyak banyak kelopak bunga nih, korang boleh start cantumkan depa satu persatu. Guna gam la cantik. Jangan ikut aku guna stapler ye. Huduh nanti jadinya.. ehehe.. Nak tengok tak yang dah siap? Taddaaaa...!! 


hehehe.. dah siap pun bunga bunga cinta. Apa lagi, cubalah.. Senang je kan? ehehe.. Kalau tak paham, maaf ye.. hee.. Nampaknya aku kena asah bakat lagi nih. Sampai di sini dahulu Cik comel bersiaran untuk hari ini. peace..! ;p

Oh ye..!! lupe plak aku nak bagitau. paper clip yang aku mention awal awal tadi tu, korang boleh guna masa nak keringkan gam dia. Takut die terbukak kan.. So, korang kepit la dia guna paper klip tu. hehehe. Selamat Mencuba..!! =)



Nota Cinta ::: Ya Allah permudahkan lah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.




Monday 30 January 2012

Tipah Tertipu

Assalamualaikum =)


Sedih + geram + menyirap semua ada. Aku rasa nak lempang je mamat tuh. Macam hampeh je. Ok, maafkan aku. Belum apa apa aku dah marah marah. hehehe. Mesti korang geram kat aku sebab tak paham hujung pangkal. 

Macam ni cerita dia. Dah lama aku survey survey pakej untuk photog. Nak cari price range yang sedang sedang je untuk majlis bertandang kat rumah Mr Chen nanti. So that ada jumpa yang affordable + member pun rekemen. Aku tanya Mr Chen, dia pun ok. Macam biasa la, belum dapat duit, selalu la dia message aku kat fb tuh. Bila dah dapat...!! haaa.. Senyap terus ko..!! Menyirap betul aku. Konon dah email invoice. Cakap pending la apa la. Last last, habuk pun tarak. Aku message pun bo layan. Aku geram, aku tanya balik kat member aku tuh. Rupanya dia pun tipah tertipu. Bila kitorang bincang bincang & cerita macam mana mamat tu balas bila kita mintak invoice. Sumenya sama..!! Helah dia sama ok..!!  Ya Allah.. Memang nak kena lempang mamat nih.Tak cukup, aku bagi rasa kasut saiz 5. Mau? haa... kan dah emosi di situ.. ;p

Bulat hati aku tak mo amik die dah sebelum something yang lebih teruk berlaku. Tapi aku memang geram ngan mamat nih. Member aku tuh (member Mr Chen sebenarnya) siap cakap nak langgar je kalau jumpa. hehe. Aku takut la plak nak langgar. Kang mati anak orang, aku lak kena gantung. kikiki. Tapi aku terkilan + sedih sangat. Kesian Mr Chen susah payah cari duit. Memang tak sebanyak mangsa mangsa syid n soultan tu sampai beribu. Tapi duit tetap duit. I do LOVE my fiance, Mr Chen. Kesian tau Mr Chen kesayangan saya. Memang kurang ajar ini budak.

Sebenarnya mula mula aku was was jugak. Tapi sebabkan member Mr Chen tu kenal dia, aku pejam mata je la & ada sikit keyakinan.  TAPI.. aku tak salahkan member Mr Chen tu. Dia pun tak tau jadi macam ni. Rambut sama hitam, hati lain lain. Haa.. kan dah keluar peribahasa. **err peribahasa kan ? **  Tak sangka macam ni pulak jadinya. Moral of da story, tak tau lah nak kata apa. hahaha. Hampeh punya budak. Memang nak kena luku itu budak. Aku sepak laju laju baru tau. Haish..

Buat Mr Chen, saya mintak maaf sebab dah susahkan kamu. Mudah mudahan rezeki lain yang menanti kita. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Love u bro. ;p 


Nota Cinta ::: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami..


Wednesday 25 January 2012

[DIY] : Tutorial Fabric Flower

Assalamualaikum =)

Hye beautiful.. hows ur CNY holiday? mesti best. Hehehe.. Harini aku rasa nak share tutorial fabric flower. Aku rasa ramai dah buat tutorial ni kot. Tapi aku nak buat jugak. Ngeh3. Tutorial nih, aku belajar dari sifu Intan. So, aku panjang panjang kan lagi ilmu dia. hee. mandai lah aku kan? Bak kata warga NCOL, sharing is sexy.  Nuf said. Kita straigh to da point k.

Bahan - bahan :
1. Kain
2. Jarum
3. Benang

haaa. sikit je kan bahan-bahannya? hehe.

Cara - cara :

1.     Potong kain memanjang. Buat 3 saiz. Kalau nak banyak tingkat / kelopak, buat la lebih. tapi rasanya kalau lebih macam dah serabut. hehehe. Saiz yang aku guna : 11 3/4 inch x 3 1/4 inch, 9 3/4 inch x 2.5 inch, 8 inch x 1 3/4 inch. **abaikan background die ye**



2.     Jahit / cantumkan kedua dua hujung kain tadi. Aku guna mesin jahit je. Kalau guna tangan boleh. Tapi masak lah nak jahit banyak banyak kan.=)



3.      Haaa... nanti dah siap jahit akan jadi macam gambar kat bawah ni lah.  Sila abaikan tangan yang gebus itu.hahaha..



4.      Sesudah itu, eceh!! skema laks ayat aku.. hehe. Dah settle cantum kain tu, boleh lah lipat kain tu jadi macam.... tak tau nak describe, tengok je la gambar bawah ni ye kawan kawan. =)



5.     Ok, setakat 4 step ni faham tak kekawan? hehehe.. Next, aku lebih suka iron kain yang kita dah lipat tadi. Bagi kemas sikit. Aku nak jahit pun sonang. Takde la asik nak kena pin or pegang die bagi statik. Ngeh2.. Dah iron, dia jadi macam ni.. 



6.     Dah iron cantik dan kemas, masa untuk bentuk jadi bunga.. yeah..!!! Excited sikit. hehehe. Nak jadikan bunga yang cantik menawan , kita cuma perlu jahit jelujur je kekawan. Senang kan?  Tapi, ingat tau, jahit part yang terbuka tu. Jahit sampai habis..!! =)



7.    Dah penat ke uols? ehehe... bawak bertenang. Dah sampai final step dah ni. Part ni paling best. Sebabnya kita dapat tengok die menjadi.. Yeah...!! hehe.. Dah siap jelujur keliling, uols tarik je hujung benang tu sampai die kerepot kerepot. Erk! bahasa apa lah yang aku guna. hahaha. Tarik dan matikan jahitan bila kita rsa kerepot kerepot dia dah cantik. Tadaaa...!!! Magic..!! terus siap dah banyak. hihihi.



Selamat Mencuba..!! Senang je kan? Cuba jangan tak cuba.. Tanx to my sifu, Intan. dia memang sangat superb bab DIY. peace! hehehe.. 



Nota Cinta : Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.. Amin.. =)