Monday, 30 January 2012

Tipah Tertipu

Assalamualaikum =)


Sedih + geram + menyirap semua ada. Aku rasa nak lempang je mamat tuh. Macam hampeh je. Ok, maafkan aku. Belum apa apa aku dah marah marah. hehehe. Mesti korang geram kat aku sebab tak paham hujung pangkal. 

Macam ni cerita dia. Dah lama aku survey survey pakej untuk photog. Nak cari price range yang sedang sedang je untuk majlis bertandang kat rumah Mr Chen nanti. So that ada jumpa yang affordable + member pun rekemen. Aku tanya Mr Chen, dia pun ok. Macam biasa la, belum dapat duit, selalu la dia message aku kat fb tuh. Bila dah dapat...!! haaa.. Senyap terus ko..!! Menyirap betul aku. Konon dah email invoice. Cakap pending la apa la. Last last, habuk pun tarak. Aku message pun bo layan. Aku geram, aku tanya balik kat member aku tuh. Rupanya dia pun tipah tertipu. Bila kitorang bincang bincang & cerita macam mana mamat tu balas bila kita mintak invoice. Sumenya sama..!! Helah dia sama ok..!!  Ya Allah.. Memang nak kena lempang mamat nih.Tak cukup, aku bagi rasa kasut saiz 5. Mau? haa... kan dah emosi di situ.. ;p

Bulat hati aku tak mo amik die dah sebelum something yang lebih teruk berlaku. Tapi aku memang geram ngan mamat nih. Member aku tuh (member Mr Chen sebenarnya) siap cakap nak langgar je kalau jumpa. hehe. Aku takut la plak nak langgar. Kang mati anak orang, aku lak kena gantung. kikiki. Tapi aku terkilan + sedih sangat. Kesian Mr Chen susah payah cari duit. Memang tak sebanyak mangsa mangsa syid n soultan tu sampai beribu. Tapi duit tetap duit. I do LOVE my fiance, Mr Chen. Kesian tau Mr Chen kesayangan saya. Memang kurang ajar ini budak.

Sebenarnya mula mula aku was was jugak. Tapi sebabkan member Mr Chen tu kenal dia, aku pejam mata je la & ada sikit keyakinan.  TAPI.. aku tak salahkan member Mr Chen tu. Dia pun tak tau jadi macam ni. Rambut sama hitam, hati lain lain. Haa.. kan dah keluar peribahasa. **err peribahasa kan ? **  Tak sangka macam ni pulak jadinya. Moral of da story, tak tau lah nak kata apa. hahaha. Hampeh punya budak. Memang nak kena luku itu budak. Aku sepak laju laju baru tau. Haish..

Buat Mr Chen, saya mintak maaf sebab dah susahkan kamu. Mudah mudahan rezeki lain yang menanti kita. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Love u bro. ;p 


Nota Cinta ::: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami..


Wednesday, 25 January 2012

[DIY] : Tutorial Fabric Flower

Assalamualaikum =)

Hye beautiful.. hows ur CNY holiday? mesti best. Hehehe.. Harini aku rasa nak share tutorial fabric flower. Aku rasa ramai dah buat tutorial ni kot. Tapi aku nak buat jugak. Ngeh3. Tutorial nih, aku belajar dari sifu Intan. So, aku panjang panjang kan lagi ilmu dia. hee. mandai lah aku kan? Bak kata warga NCOL, sharing is sexy.  Nuf said. Kita straigh to da point k.

Bahan - bahan :
1. Kain
2. Jarum
3. Benang

haaa. sikit je kan bahan-bahannya? hehe.

Cara - cara :

1.     Potong kain memanjang. Buat 3 saiz. Kalau nak banyak tingkat / kelopak, buat la lebih. tapi rasanya kalau lebih macam dah serabut. hehehe. Saiz yang aku guna : 11 3/4 inch x 3 1/4 inch, 9 3/4 inch x 2.5 inch, 8 inch x 1 3/4 inch. **abaikan background die ye**



2.     Jahit / cantumkan kedua dua hujung kain tadi. Aku guna mesin jahit je. Kalau guna tangan boleh. Tapi masak lah nak jahit banyak banyak kan.=)



3.      Haaa... nanti dah siap jahit akan jadi macam gambar kat bawah ni lah.  Sila abaikan tangan yang gebus itu.hahaha..



4.      Sesudah itu, eceh!! skema laks ayat aku.. hehe. Dah settle cantum kain tu, boleh lah lipat kain tu jadi macam.... tak tau nak describe, tengok je la gambar bawah ni ye kawan kawan. =)



5.     Ok, setakat 4 step ni faham tak kekawan? hehehe.. Next, aku lebih suka iron kain yang kita dah lipat tadi. Bagi kemas sikit. Aku nak jahit pun sonang. Takde la asik nak kena pin or pegang die bagi statik. Ngeh2.. Dah iron, dia jadi macam ni.. 



6.     Dah iron cantik dan kemas, masa untuk bentuk jadi bunga.. yeah..!!! Excited sikit. hehehe. Nak jadikan bunga yang cantik menawan , kita cuma perlu jahit jelujur je kekawan. Senang kan?  Tapi, ingat tau, jahit part yang terbuka tu. Jahit sampai habis..!! =)



7.    Dah penat ke uols? ehehe... bawak bertenang. Dah sampai final step dah ni. Part ni paling best. Sebabnya kita dapat tengok die menjadi.. Yeah...!! hehe.. Dah siap jelujur keliling, uols tarik je hujung benang tu sampai die kerepot kerepot. Erk! bahasa apa lah yang aku guna. hahaha. Tarik dan matikan jahitan bila kita rsa kerepot kerepot dia dah cantik. Tadaaa...!!! Magic..!! terus siap dah banyak. hihihi.



Selamat Mencuba..!! Senang je kan? Cuba jangan tak cuba.. Tanx to my sifu, Intan. dia memang sangat superb bab DIY. peace! hehehe.. 



Nota Cinta : Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.. Amin.. =)

Wednesday, 18 January 2012

[DIY] : DIY List

Assalamualaikum =)

Semalam baru sempat list kan perkara perkara yang aku rasa nak DIY. Masa duk berangan berangan tanpa jot down apa apa, aku rasa macam sikit je. Sekali bila dah tulih betui betui, Astagfirullah.. banyak kot..!! hahaha.. Takpe, insyaAllah sempat. Banyak lagi masa. (Banyak la kot.) Ni pun aku tengah terhegeh hegeh lagi. Mujur bridal & kanopi dah book. Alhamdulillah. hehe. Berbekal kan azam yang kuat dan semangat bila tengok B2B & X-B2B yang lain boleh, kenapa tidak aku? Cewah! haha. Meh meh aku nak share apa yang kononnye aku nak DIY.

sumber : google

 1.  BAJU NIKAH & BERTANDANG

DIY : beading / patch / accessories 

Hee.. DIY yang penting nih aku tak start lagi. Camno nak start, kalau aku pun tak tau lagi siapakah tailor yang bertuah itu. kehkehkeh. Macam mana aku nak buat, belum pikir secara menyeluruh lagi. Tengok la macam mana nanti.

sumber : google
2. VEIL NIKAH

DIY : beading / patch

Veil nikah pun sama la jugak kisahnya. Aku kena tunggu baju nikah siap dulu baru boleh usik veil. Tunggu~ 


3. HAND BOUQUET

DIY : HB nikah, resepsi, bertandang

Projek yang satu ni aku dah start. Hehe. tapi banyak lagi nak buat. Maunye pengsan dibuatnya. Hahaha. HB ni aku admire Intan punya HB. Macam aku cerita kat sini. Nanti dah siap baru aku tunjuk ye. hehehe. Seriau aku. Even tak secantik Intan buat, tapi boleh la kot. Cantik pe. hahaha. Tak hengat! Puji diri sendiri lebih lebih plak aku nih.


4. PELAMIN NIKAH 

DIY : Semua benda

Projek yang ni, aku masih mencari cari idea dan sumber inspirasi. Cewah! haha. Sebenarnya dalam kepala macam dah ada. Tapi tak tau la macam mana. Barang barang pun tak cari lagi. Takpe, slow slow la kan? heeee. 


5. BILIK TIDUR
DIY : Deco bilik 

Projek nih, nanti dah dekat dekat baru lah aku start buat. hehehe. Kalau buat sekarang sempat berabuk kot. Tapi sekarang sedang berusaha mencari inspirasi.


sumber : google
6. BUNGA PAHAR

DIY : BP Nikah & resepsi

Projek bunga pahar ni (ceh, macam projek besar besar laks aku rasa. haha) aku baru start sikit. Seiring dengan HB aku. Sekejap buat HB, sekejap buat bunga pahar. Pengsan aku dibuatnya. Pagi before pi kerja ngadap HB, malam ngadap bunga pahar. hahaha. Macam mana bunga pahar aku?? Nanti lah dah siap aku tunjuk ye. =) Yang simple simple je. Tak larat nak buat dasyat dasyat. Badan je besar, tapi kederat? kihkih..


7. HANTARAN

DIY : tak sure la nak kena buat hantaran Mr Chen sekali ke tak

Untuk hantaran, macam biasalah. Kompem kompem tak start lagi. Lambat lagi jah. hehehehe. Nanti bile tinggal 2, 3 bulan before majlis baru aku start buat kot. Tengok la nanti. hehehe. Now, buat yang mana boleh buat dulu.


8. GUESTBOOK

DIY : A to Z



9. POMANDER BALL

DIY : untuk flower girl



10. LANTERN

DIY : untuk deco khemah etc.

 Lantern ni aku tak tau lagi nak buat macam mana. Nanti lah aku pikir kan. Tapi rasanya bukan yang macam ni kot. Aku nak buat yang lubang lubang tu. Hahaha. Entah la.


11. CANDY BUFFET

DIY : A to Z

Projek ni masih dalam perancangan. hehe. maybe projek ni akan ku jayakan bersama my auntie. Tengok lah macam mana nanti. Takut tak terkejar pulak aku dibuatnya. kikiki.


Ok, buat setakat ni, aku rasa tu je kot yang aku nak DIY.  Erk.. ITU JE?? haha. Ya Allah.. banyaknya benda aku nak DIY. Mampu ke? Mudah mudahan aku mampu buat semua ni. Ngeh ngeh.. Takpe, kita buat slow slow ye kekawan. Ada sesiapa yang berbaik hati nak tolong tak? hehe. Oklah, rasa panjang sangat dah entry aku harini. Selalu orang buat Wordless Wednesday. ni aku buat (errr nak panggil ape ek? haha) Words Wednesday ke? lantak la labu. hahaha.



Nota Cinta ::: Ya Allah.. permudahkan lah urusan kami. Murahkan lah rezeki kami dalam membina keluarga sakinah. insyaAllah. =) 



Tuesday, 17 January 2012

Misi Berdiet

Assalamualaikum =)



Oleh kerana perasaan membuak buak nak kuruskan badan tuh masih tinggi, aku bersemangat waja google diet yang seimbang. Ni kira sebahagian dari preparation nak kawin la ye kawan kawan. Hehehe.. so that, aku terjumpa pasal diet Atkins. Hm, Diet Atkins ni konsep dia, pengurangan pengambilan makanan karbohidrat. Ok kot.  Jap aku try paham kan ayat saintis depa neh. hahaha. tik..tok..tik..tok.. (masa berjalan la konon). Okeh, secara ringkasnya, kurangkan karbohidrat, lebihkan protein. aku malas nak cerita panjang, aku bagi je lah senarai makanan apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang kurang ye.. hehe.. 




Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.




Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)




TAPI..!!! bile aku baca baca lagi, ade pakar mengatakan, diet ni boleh amalkan untuk 2 minggu sahaja. Sebabnya? Hm, badan kita pun perlukan karbohidrat jugak. Bukan semata mata protein dan lemak ye kekawan. hehe.. senang cerita, kena lah seimbang.



Nota Cinta ::: Saya nak kurus..!! huhuhu..

Monday, 16 January 2012

Mangsa Dera

Assalamualaikum =)

Now mood tengah bahagia. Sebabnya? haaa.. sebabnya, aku dah jumpa bakat baru untuk di dera tolong aku buat DIY fabric flower. Boleh gitu? hahaha. Banyak okeh aku nak kena buat. Beratus ratus. Fengsan.. hahaha. **salah sendiri sebab semua nak DIY ;p  ** Malas nak cite banyak, meh aku tunjuk calon kebanggaan. cewah! Lebih sudah. Hehehe..



Tak lain tak bukan, Mr. Chen la... Siapa lagi. hehehe. Amacam? Sesuai la kan jadi mangsa dera aku? kikikiki. Kesian Mr. Chen dapat tunang loqlaq macam aku nih. Hihihi.. sila janga percaya ye. Mr Chen tolong aku jahit sekuntum mawar merah.. sebuah puisi..  bunga je pun.



Comel tak sew kit aku? Okeh, perasan sendiri. haha. Punya lah banyak aku nak kena buat, sampaikan aku usung ke sana ke mari alatan menjahit aku. Mr Chen tolong aku ni pun kat TBS. kikiki..  Ada sape sape nak tolong aku tak? hehehe.




Nota Cinta ::: even DIY memenatkan, tapi puas hati..!! =)

Wednesday, 11 January 2012

Sesal Dahulu Pendapatan, Dah Gemuk Tak Guna..!!

Assalamualaikum =)
 


Ya Allah geramnya dengan lemak lemak yang bertempek neh. Tension okeh. hahaha. Nak nak lagi  bile ade suara suara sumbang yang baik hati cakap aku DAH GEMUK. ye! SEMAKIN GEMUK. Dulu, paling paling berat pun aku, 50-52 kg. Saiz baju pun S je. TAPI tu DULU ye kawan kawan. D.U.L.U.  Starting berat badan aku naik masa 2nd year di U. Kalau aku cerita, mesti korang tak percaya. tapi kena percaya jugak!! Sebab its true...!! ngeh3... 

Dat time aku ada program dekat Kelantan. 3 hari 2 malam. Sampai sampai je pagi tuh weol di bawa ke rumah ADUN. Masuk je rumah beliau. OMAKAIH..!! weol di hidangkan bermacam macam jenis makanan. Dari makanan berat, hingga lah ke dessert etc. Nasi lemak, nasi goreng, laksam, mee hoon goreng, kuih itu, kuih ini, buah itu , buah itu, roti itu , roti ini dan sebagainya. Pendek kata, macam macam ada... Aku rasa macam tak banyak aku makan. Tapi bila dah amik tu sikit, ni sikit, jadi banyak jugak la kan? Okeh, mesti korang kata, "eleh.. setakat sekali tuh je makan banyak takkan dah naik kot. asalan je lebih." hahaha.. jangan cepat melatah ye kawan kawan (haha. macam takde kaitan je) bukan takat tu je weol dijamu. Dah selesai bersarapan kat umah ADUN tu, baru kitorang dibawa ke sekolah yang kitorang nak buat program tu. Turun bas, Ya Allah... rezeki melimpah2.. Depa hidang nasi dagang pulak weyh... Kang tak makan, kata tak hormat majlis pulak. Kesian makcik makcik tu tunggu kitorang siap siapkan makanan. Ok, bedal lagi. 


 kucing gemuk comel lagi, aku gemuk?? sendiri mau ingat la. hahaha.

Dah siap solat, kemas barang semua, di bawa round satu kampung. Pantang singgah rumah orang orang kampung, kompem di jamu. See.. see.. banyak gila makanan. Aku sampai tak larat nak makan. Kadang kadang just cuit sikit nak jaga hati orang kampung. Dat day kitorang kira, more than 10 times weol makan. Senang cerita, 3 hari tu memang boleh masuk kategori melantak dah weol nih. Balik dari program tu, rumet rumet aku tegur, "kenape rasa macam kau da gemuk ek? pipi ko tembam betul". prangg...!! Pecah hati aku dengar. hahaha. Tak sangka tau, 3 hari je berat aku naik berkilo kilo. Wuuuuuu.. Sedih... Sesal dahulu pendapatan, dah gemuk tak guna..!!! hehe.. Now, by time to time aku sedang berusaha nak kembali kan semula berat aku dulu. Alhamdulillah, tak banyak, tapi sikit sikit tu boleh la. ngeh2. Tapi belum cukup nak buat my mom & Mr. Chen impress. hahaha. Okla, cukup dulu entry emo aku untuk kali ni. hahaha..



Nota Cinta ::: Tolong lah hilang wahai lemak lemak ku sekalian. 



Tuesday, 10 January 2012

[Contest] : 1st Giveaway Scrap@perclip

Assalamualaikum =)
Dengan nama Allah..

 GET A Free A5 size wedding Mini Signage !!!
worth RM40





Tadi Renee share kat group, terus laju laju nak join contest. Senang sangat syarat -syarat dia korang. hehe.. Jom jom join. Jangan lepaskan peluang. Siapa siapa yang rasa nak join boleh klik poster atas nun. tak pun klik sini. All da best geng!! cekidot.. cekidot. erk! ;p

Meh sini aku nak tambahkan lagi keterujaan korang untuk join diz contest. Artwork beliau sangat superb okeh. Mr random.org, please menangkan saya. Erk! hahaha. Jom jom tengok.




cukuplah aku bagi 2 je. nak lebih, boleh tgk blog beliau ye. banyak lagi yang superb.



Nota Cinta ::: Doa kasi menang.. =)



Monday, 9 January 2012

Reveal Theme Colour

Assalamualaikum =)


For the time being, Alhamdulillah da decide theme colour apa untuk nikah, sanding dan jugak bertandang. Pening la jugak nak memilih. Kadang kadang sampai satu tahap, rasa give up pun ada. Eh, eh, mana boleh give up. Takkan nak kawin pakai kale pelangi kot. hahaha. Tapi yang pasti masing masing ada cerita disebaliknya.  Hehe.. nak cite satu satu boleh tak?


NIKAH



Puas dok google, cari warna macam baju nikah, last last jumpa yang itu je. Ok la kot. hehe.. Nanti kendian kendian hari kalau sempat, reveal kainnye pulak ye. Yerp! Outfit nikah Mr. & Mrs Chen to be berwarna PINK ye kawan kawan. Konon konon nak nikah warna off white sebab putih nampak suci bersih gitu. hehe. Tapi lain yang dirancang lain yang jadi. Ni semua gara gara PINK LOVER rambang mata. Kalau nak tau, kain untuk kitorang nikah sangat lah dah lama kitorang beli. hahaha. End of 2010. Masa konvo Mr. Chen. Lama kan? kan? kan? hahaha.

Pada asalnya saja nak tengok tengok, survey apa yang patut. Kebetulan memang tengah sale. Dah ler pepagi tuh weol yang pertama masuk Jakel Shah Alam tu. hahaha. As i mention before, masuk masuk memang tanya warna putih. Tapi bile dah terpandangkan PINK, ya Allah, meroyan tak hingat. Trus tak nampak keindahan putih tu. Mr. Chen tak leh kate apa. Geleng geleng angguk angguk je la dia mampu. kikiki. maaf ye. Keinginan yang membuak buak terhadap pink. ;p Finally, lepas pujuk pujuk akak jakel tu, mintak itu, mintak ini, kitorang beli terus. Terus terpikir nak buat hantaran tunang je. Kire dah save la untuk hantaran tunang aritu tak payah pening nak beli barang lain. Just tambah ape patut. Orang kata 2 in 1. Ok, cukup dulu pasal warna pink. 



BERSANDING



Warna bersanding pun ada cerita jugak. Hehehe. Berapa banyak cerita da... Mula mula decide nak amik combination pink turquoise. Sebabnya, saya suka pink, die suka biru. Tapi bila da google sana, google sini, mostly combination yang aku jumpa tak menepati citarasa mengada aku ni. haha. So that weol decide go for Turquoise/ pastel blue/Tiffany!!  (errr.. ok, aku tau kat situ aku mention 3 warna. haha. tak tau nak yg mn weyh. tgk semua lebih kurang jek. mencik! tp nak yg mcm gmbr atas nun la. haha) Alasan, sebab time nikah aku dah dapat warna fav aku. Time sanding, MR Chen nak warna fav dia pulak. haha. Ok takpe, aku setuju. (Nasib dia suka warna yang cantik. erk! haha). For the time being, aku dah tegaskan pada vendor andaman weols, nak warna tu jugak!! Nak jugak! (dah ler butik diorang takde warna yang weol nak. Tapi aku usaha convince kan depa gak suh tambah koleksi (tak yah ler aku kene tambah duit nak buat baju baru. kekekeke). Korang doakan ye. Harap harap dapat warna yang weol nak. Puas dah tau buat research. haha. 



BERTANDANG



Errr.. Baju bertandang ni aku beli kain saat saat akhir masa Jakel buat lelong gila gila yang baru ni. Ok, Honestly masa pergi tuh tak decide lagi warna apa. Just main redah je. Pergi pun dengan my mom. Mr. Chen?? Macam biasalah, kami kan berjauhan. Memang mostly aku buat sesorang / ngan family aku dulu. Terpaksa weyh. Kalau tak asik pending je checklist aku. hehe. Dah sampai Jakel tak tau nak amik warna apa. Satu, satu warna aku snap dan tunjuk pada Mr Chen. Haruslah tunjuk guna MMS sajork. Finally, Mr Chen setuju yang purple. Omak aih! Dah ler yang purple tuh rege kain nye mahal. Fengsan okeh. Hahaha. Tanya Mr. Chen, takpe ke? ke nak tukar warna lain? Sebab da try cari kain yang murah sikit, warna yang sama, NON ADO ye kawan kawan. Dah dia nak yang tu jugak, beli aje lah. hehe. Tapi kan, sebenarnya warna purple tu bukan exactly macam dalam gambar atas nun. Tak tau nak describe macam mana. Lain sikit. tak pelah. Nanti aku upload baju dah siap je terus. Senang. hahaha.

Okeh, warna tema pengantin dah abis cerita. Warna tema family? Hmmm.. Nanti entry lain aku cerita ea? Dah panjang sangat aku rasa entry nih. hahaha. Em sori.. ;p


Nota Cinta ::: MR Chen, cepat cepat la tolong saya buat prep.. =)



Sunday, 8 January 2012

Booked!

Assalamualaikum =)



Teramat sangat lah lamanya aku tak update pasal wedding prep. Busy memanjang. Padahal orang lain lagi busy dari aku, sempat je update.. kan? hehe.. maaf ye. Last weekend (sabtu ahad baru ni ler) mak abah aku turun Kota Tinggi. Tak lain tak bukan stay umah amu aku. errr... amu tu pakcik aku la. hehe.. Makanya on saturday tuh mak aku, n cik V ku ada tanya tanya pasal pelamin etc. Adeh.. Apa aku nak jawab?? Hakikatnya aku tak pergi mana mana bridal pun lagi. Keje nya asik dok survey survey online and tunggu Mr. Chen pulang. Sebenarnya dah bulat hati nak pergi Bridal Kayangan kat JB. Sebab pakej yang diorang sediakan memang superb (untuk bajet bride macam aku ni) & paling penting, affordable.  TAPI....Survey tanpa tindakan dapat apa?? Asek pending je.. hehe.. Asalnya nak ajak Mr. Chen pergi bridal sama-sama. Tapi as i mention before, Mr Chen sangatlah busy. Kitorang nak bincang bincang pun tak sempat.


Finally, sabtu tu aku & Cik V saje main redah mana mana bridal yang kitorang nampak cantik display diorang. ehehe.. Weol masuk Klasik Andaman, disambut a guy bernama As. Nasib ramah orangnye. Takde la aku stress sangat. Hehe.. Honestly, aku memang tak gemar kalau aku, as customer di layan nak tak nak je oleh vendor. First impression tu penting ye. Kalau kite dapat vendor yang susah nak komunikasi, susah tau. Aku tak mau menyesal di kemudian hari. Tapi Alhamdulillah, aku tengok As ni ok. Hopefully, memang ok. hehe. 

Weol proceed tanya pakej pakej yang diorang sediakan. Belek belek tengok contoh gambar diorang. Memula, aku tengok dulu apa yang aku dapat dari pakej diorang. Hurm, not bad. hehehe.. Tapi awal awal aku cakap aku ade pelamin inspiration aku sendiri & baju yang macam mana. Boleh tak diorang ikut ape yang aku nak & aku nak simple je.. yada..yada... Duk bincang bincang, aku rasa macam ok. As cakap, tak pernah jumpa pengantin nak yang simple simple je. pengantin perempuan pulak tu. hehe.. yes!! aku memamng nak yang simple je. Tapi aku cerewet okeh!!! hahaha. Panggil mak aku suruh datang. Elok elok bincang pasal pelamin je, trus masuk hal kanopi. Dan kebetulan kanopi die ngah ade promotion. Bincang sikit sikit sambil gelak gelak. Tapi tak dapat nak putuskan time tu jugak sebab owner, Abg Amir takde kat butik. Abg Amir pi butik dia lagi 1. We decide buat appointment esok pagi (Ahad la kan.. heheh)

Hari Ahad pepagi weols pi butik. Abg Amir & his sis da siap menunggu.. weols bincang semula dengan dia, & Alhamdulillah, dia sangat ok orangnya. Aku explain semula apa yang aku nak, apa yang aku tak nak. YES! sejujurnya aku memang cerewet. Cuma, aku sedih sikit sebab aku just nak pelamin off white + hijau je. Takmo warna warna lain. TAPI mak aku tak setuju.. huhuhu. die cakap kusam nanti. Tapi aku suka. Huhuhu.. (bape banyak TAPI da.. ) Finally, even sedikit kecewa, kanopi + bridal da setel!! Book terus. Mak aku malas nak cari cari dah. Aku ikut je la. Kang tak ikut menangis pulak. hihihi. Tinggal nak pilih baju je. Ha, cakap pasal baju, nanti aku buat entry pasal baju plak. hehe. Pelamin aku tuh, simple je. Semalam lupa nak amik sketch yang dia buatkan untuk aku. In dat case, biarlah rasia dulu. hehehe.. Okla, setakat tu dulu tuk hari ni. Panjang gilos okeh entry aku kali ni. Maaf ye. =)



Nota Cinta ::: Semoga urusan kami dipermudahkan.. insyaAllah..




Tuesday, 3 January 2012

Busy-Busy-BEE

Assalamualaikum =)



Baru je haritu excited Mr Chen da setel thesis dia. Dah berangan berangan nak ajak die berangan sekali. errkk!! hahaha. tapi angan angan tinggal kenangan. Ceh!! ayat nak poyo. hehe. Honestly, Mr Chen tetap busy. Amat lah busy nye. Haish, terpaksalah aku berangan sensorang dulu. Ok, takpe. Aku tunggu. Tu je aku nak cakap arini. Ok, Bai. ;p



Nota Cinta ::: YA Allah, panjangkanlah jodoh kami, permudahkanlah urusan kami.